25 Feb 2012

Analisis prestasi pemain Sabah ketika menentang Malaysia

 
Kami di Sabahawkians adalah antara kira-kira 20,000 penonton yang datang membanjiri Stadium Likas malam tadi. Selepas sekian lama tidak melihat kehadiran penonton sebegitu ramai, akhirnya malam tadi terubat juga kerinduan mendengar sorakan yang sememangnya meremangkan bulu roma sejak dari wisel permulaan.



Jadi, dalam post kami kali ini, kami ingin memberi sedikit analisis prestasi persembahan para pemain Sabah yang beraksi malam tadi. Ini hanyalah pada mata kami sendiri yang menonton perlawanan malam tadi dan bukan gambaran yang sebenar dan tepat. Cuma analisis dari kami yang masih amatur :-)


Syed Adney:
Beliau membuat satu super save seawal minit ke-4. Namun selepas itu kurang diancam oleh pemain kebangsaan. Overall, prestasi Syed outstanding.
Rate: 8/10

Rethuddin Emran:
Antara pemain yang menonjol malam itu. Berjaya menguasai hampir kesemua perebutan bola di udara dan berjaya mengekang pergerakan penyerang kebangsaan. Pertama kali melihat permainan beliau yang kemas dan tenang.
Rate: 8/10

Fariss Isa:
Sedikit gugup. Namun, gandingannya bersama Rethuddin berhasil. Lebih banyak berlegar di kawasan sendiri dan kurang support kepada bahagian tengah.
Rate: 7/10

Mafry Balang:
Kurang diuji pada separuh masa pertama. Sharudin berjaya lolos sekali melepasi beliau. Separuh masa kedua, Mafry banyak melakukan hadangan yang baik dan berjaya mengagalkan beberapa larian Wan Zack Haikal.
Rate: 8/10

Alto Linus:
Memang terbaik pada malam tadi. Permainan yang tenang tetapi kadangkala terlebih tenang sehingga pemain lawan berjaya merampas bola. Membuat satu percubaan jarak jauh yang cantik namun terkeluar sedikit. Beliau seringkali membuat overlap untuk membantu serangan.
Rate:8.5/10

Sumardi Hajalan:
Gerakan yang lincah di bahagian tengah dan hampir menenggelamkan reputasi Safiq Rahim.Berjaya melakukan satu percubaan on target.
Rate: 8/10

Brendan Gan:
Pemain yang paling rajin dan bergerak di serata padang. Beliau bermain agresif dan banyak membantu bahagian pertahanan dan juga serangan. Sepakan gunting yang beliau lakukan pada separuh masa pertama membuatkan penonton terpaku. Brendan outstanding malam tadi.
Rate: 8.5/10

Shahrul Azhar Ture:
Beberapa larian pantas beliau berjaya menembusi pertahanan lawan. Berjaya melakukan satu percubaan di kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan. Kurang menyerlah pada babak kedua kerana bola lebih banyak tertumpu di bahagian kiri.
Rate: 7.5/10

Rozaimi Abd. Rahman:
Berjaya mencipta beberapa gerakan menarik dari sebelah kiri. Satu gerakannya berjaya lolos di sebelah kiri tetapi lambat membuat cross walaupun 2 pemain Sabah sudah bersedia di depan. Berjaya meletakkan bola masuk ke gawang Harimau Muda pada separuh masa kedua tetapi dibatalkan kerana bola terkena tangan. Satu ketika beliau berjaya mengelirukan Wan Zack dengan footwork yang menarik betul2 di depan K.Rajagobal. Good work Amy.
Rate: 8.5/10

Michael Baird:
Pemain yang kami rasakan yang terbaik malam tadi. Kawalan yang kemas dan mudah memperdayakan pemain lawan. Hampir kesemua peluang yang diperolehi oleh Sabah adalah hasil daripada gerakan beliau. Rajin membantu bahagian tengah dan bijak untuk membuka ruang untuk rakan. The most outstanding player on the field malam tadi.
Rate: 9/10

Zainizam Marjan:
Tampak tenggelam malam tadi kerana dikawal ketat oleh pemain lawan. Namun bijak mencari ruang di kotak penalti dan berjaya mendapat satu peluang di separuh masa kedua hasil gerakan Michael. Namun tampanan beliau sedikit sipi. Kurang berjaya dalam perebutan bola tinggi.
Rate: 7.5/10

Pemain Gantian:

Rosdin Wasli:
Masuk menggantikan Fariss. Tidak banyak mengubah corak permainan Sabah.
Rate: 7/10

Irwan Jamil:
Masuk menggantikan Syed. Dua kali melakukan save yang cantik. Namun, tertewas dengan rembatan yang terbias dari Amar Rohidan. Pendedahan yang baik dari Justin setelah sekian lama tidak beraksi.
Rate: 7/10

Bobby Gonzalez:
Masuk menggantikan Michael. Tidak banyak perkara yang boleh kami ceritakan tentang beliau. Namun, gerakannya nampak lebih kemas berbanding sebelumnya.
Rate: 7/10

Leopold Alfonso:
Menggantikan Zainizam. Tidak banyak mendapat peluang.
Rate: 7/10

Zuraindey Jumai:
Masuk menggantikan Sumardi. Memang solid di bahagian tengah. Tenang dalam mengawal dan menghantar bola.
Rate: 8/10

Juffry Omopor:
Masuk menggantikan Rozaimi. Beberapa kali berjaya lolos di kotak penalti tetapi tidak berpeluang untuk melepaskan rembatan. Pandai mencari ruang namun tewas dalam persaingan fizikal. Apapun, permainan yang menghiburkab dari Juffry.
Rate: 7.5/10

K. Thanaraj:
Masuk menggantikan Brendan. Tidak banyak gerakan yang berbisa dari beliau. Dua kali melakukan hantaran silang yang gagal mencari rakan.
Rate: 6.5/10

Overall, Sabah main memang best semalam. Tidak keterlaluan jika kami katakan, Sabah overshadow pemain kebangsaan. Rata-rata penonton semalam bagi reaksi yang sama. Sabahawks kalah jaringan tetapi mainan menang!!!!! Sabah tatappppp....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...