Feb 2, 2012

Brendan Gan, Where's the best of you?

Kali ini, Sabahawkians mau cerita sedikit pasal kita punya awang import, Brendan Gan. Sebelum itu, sedikit info tentang beliau:

Tarikh Lahir: 3 Jun 1988 (23 yrs)
Tempat Lahir: Sutherland Shire, Australia
Tinggi: 1.78m
Posisi: Attacking Midfield
Kelab Terdahulu: Sutherland Shark (7 gol dlm 23 game), Sydney FC (5 gol dlm 43 game), Bonnyrigg White Eagles ( 2 gol dlm 9 game)
Kelab Sekarang: SABAH FA

Pada pengamatan kami di Sabahawkians, selepas 5 perlawanan dalam Liga Super, masih belum nampak lagi aksi yang betul-betul mantap ditunjukkan oleh Brendan. Aksi yang ada "wow factor" belum ada lagi. Mungkin tidak keterlaluan juga kalau kami disini mengatakan dia punya kualiti hanya sedikit di atas berbanding dengan local players. Tapi apa yang kita expect dari Brendan adalah kualiti permainan yang se"GAH" dengan reputasi beliau. Apapun, Liga Super baru 5 game, so, masih awal lagi untuk menilai kemampuan beliau. Mungkin beliau masih belum settle down lagi dengan corak permainan Liga Super. Harap-harap lepas ni, sedikit demi sedikit Brendan boleh adapt terutama dengan stail permainan pasukan Sabahawks. Buli ba kau Brendan!!! Sabah Tatapssss!!!!

Sabahawkians:
Mau tingu gandingan Brendan dengan Zainizam. Baru la macam di KK!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...