25 Feb 2012

Keputusan Penuh / Analisis Perlawanan Persahabatan: Sabah vs Malaysia

Keputusan penuh perlawanan persahabatan Sabahawks vs Malaysia 2012 | Friendly match: Sabah vs Malaysia

Gol pemain tengah kebangsaan, Amar Rohidan pada minit ke 79 cukup untuk melegakan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menyaksikan Malaysia menewaskan Sabah dengan keputusan 1 - 0 dalam perlawanan persahabatan malam tadi.

Ringkasan/Highlight perlawanan:



Separuh masa pertama:

Min-4: Percubaan bahaya dari penyerang kebangsaan, diselamatkan oleh Adney.
Min-10: Sepakan percuma Safiq tidak lepas benteng.
Min-18: Through pass Michael Baird mencari Brendan. Namun, bola disekat oleh pertahanan HM ketika beliau boleh membuat rembatan.
Min-29: Rembatan dari jarak 25 meter oleh Sumardi berjaya dihalang oleh penjaga gol. Bola muntah namun Baird gagal menyambar.
Min-32: Pertahanan kanan Sabah, Alto Linus melepasi seorang pertahanan HM di sebelah kiri gawang HM. Rembatan jauh Alto sedikit melepasi sudut kanan gawang HM.
Min-34: Hantaran cantik dari sebelah kanan gawang HM mencari Brendan. Brendan mendada dan melepaskan satu sepakan gunting namun tersasar. Satu stadium gamat!!!
Min-39: Sabah membuat counter-attack. Hantaran ke belakang oleh Zainizam di dalam kotak penalti dirembat kencang oleh Shahrul namun berjaya ditepis oleh penjaga gol HM.
Min-45: Rozaimi berjaya melepaskan diri di sebelah kiri namun tolakan bola yang terlalu ke depan membolehkan Faizal menangkap bola dari kaki.

Tamat separuh masa pertama. Sabah lebih banyak mencipta peluang. HM bermain berhati-hati dan lebih banyak membuat hantaran-hantaran pendek. Permainan yang menarik pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua:

Min-50: Cubaan jauh Baddrol tersasar tinggi.
Min-54: Hantaran silang Michael menemui Zainizam tetapi kuisannya sedikit sipi di sebelah kanan gawang.
Min-57: Penjaga gol HM keluar kotak penalti menyelamatkan bola. Sepakan Zainizam dari 30 meter tersasar walaupun gawang terbuka.
Min-60: GOLLL!!!!!Rozaimi berjaya menolak masuk bola ke gawang HM, namun pengadil membatalkan kerana bola terkena tangan Rozaimi. Cubaan berpunca dari Michael yang berjaya meloloskan diri di sebelah kanan gawang HM.
Min-62: Rembatan Rozaimi tersasar.
Min-66: Rembatan Wan Zack sedikit tersasar.
Min-67: HM mendapat peluang namun rembatan S.Kunalan berjaya diselamatkan penjaga gol, Irwan Jamil.
Min-73: Penyerang HM terlepas peluang, bola hantaran Wan Zack gagal dirembat.
Min-79: GOLLL!!!! Amar Rohidan melepaskan rembatan dari luar petak penalti yang sedikit membias pertahanan Sabah sebelum masuk ke gawang. Sabah 0 - 1 HM.
Min-89: Sepakan percuma Safee di sebelah kanan gawang Sabah bergolek didepan pintu gol tetapi gagal ditampan masuk oleh pemain kebangsaan.
Min-90+3: Zuraindey melepaskan diri untuk berhadapan dengan penjaga gol, namun pertahanan HM pantas membuat hadangan menghalang rembatan itu.
Min-90+4: Sepakan sudut Sabah gagal menghasilkan apa-apa. Tamat permainan.

Tamat permainan. Sabah 0 - 1 Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...