18 Feb 2012

Keputusan penuh Sabah vs Kuala Lumpur Liga Super Malaysia 2012

Keputusan penuh Sabah vs Kuala Lumpur Liga Super Malaysia 2012 14 Februari 2012


SABAH( 2 )
Md. Rozaimi Abd. Rahman (36)
Michael Baird (46)






VS
KUALA LUMPUR( 0 )

Sabah menamat 540 minit permainan tanpa kemenangan apabila menumpaskan pasukan Kuala Lumpur pada malam Rabu lalu. Dua gol pada setiap babak oleh Rozaimi dan Michael memastikan tiga mata penuh milik skuad Sabahawks.

Sabah bermula garang sebaik wisel ditiup oleh pengadil dan hampir berjaya menjaringkan gol pada minit pertama hasil tandukan Michael Baird. Selepas itu, beberapa lagi percubaan yang dilakukan oleh pemain Sabah gagal menemui jaring.

Namun, Sabah berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36 apabila Rozaimi berjaya merembat leret ke kiri gawang Kuala Lumpur hasil hantaran cantik dari Michael.

Bersambung babak kedua, Sabah memerlukan kurang seminit untuk mendapat gol kedua hasil jaringan Michael yang bijak melepasi pertahanan Kuala Lumpur untuk menyambut hantaran Sumardi seterusnya membuat rembatan cantik ke gawang Kuala Lumpur.

Selepas itu, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun jaringan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Namun, insiden kegagalan lampu limpah pada minit ke 78 sedikit mengundang resah kepada para pemain dan penonton.

 Justin memberi arahan kepada para pemain semasa blackout

Walau bagaimanapun, lampu limpah kembali pulih selepas hampir setengah jam dan memberi kelegaan buat skuad Sabah. Kerana, jikalau lampu limpah tersebut tidak pulih pada malam tersebut, maka perlawanan akan ditangguh dan diulang semula pada jaringan 0-0.

Apapun, syabas untuk anak-anak buah Justin Ganai atas kemenangan kedua Sabahawks yang membawa Sabah naik satu tangga dalam Liga Super. Tahniah Sabahawks!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...