24 Feb 2012

Kesebelasan Utama Sabahawks menentang Malaysia

Pilhan Sabahawkians: Kesebelasan Utama Skuad Sabahawks vs Malaysia | Sabah vs Malaysia


Formasi : 4-4-1-1

GK : Irwan Jamil
Justin perlu memberi peluang kepada Irwan untuk menunjukkan kemampuan beliau selain sebagai ujian untuk melihat sejauhmana keberkesanan Irwan berbanding 2 penjaga gol utama Sabah, Syed Adney dan Azizon.



Pertahanan Tengah : Rethuddin Emran
Beliau memang menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Dengan reputasinya sebagai "orang kayu balak" pasti menggerunkan penyerang kebangsaan, Safee Sali. Kawalan bola di udara yang baik.

Pertahanan Tengah : Fariss Azlan
Sangat serasi berganding bersama dengan Rethuddin. Bijak membaca gerakan lawan dan tenang mengawal permainan.

Pertahanan Kiri: Sumardi Hajalan
Sabah perlukan seorang pertahanan yang boleh melakukan overlap untuk membantu bahagian serangan. Sumardi boleh melakukan tugas ini.

Pertahanan Kanan: Ronny Harun
Seorang pemain yang berpengalaman dan fizikal yang mantap. Beliau agak berkesan untuk mengekang pemain sayap kebangsaan dengan gaya permainannya yang keras.

Defensive Midfield : Brendan Gan
Beliau seorang yang agresif dan rajin mengejar bola. Mempunyai stamina yang tinggi.

Midfield: Zaininizam Marjan
Kebolehan, pengalaman dan kemahiran beliau sudah pasti menjadikan kawalan bahagian tengah Sabah menjadi lebih kreatif. Ketajaman shooting beliau juga amat kita harapkan pada malam ini.

Sayap Kiri: Rozaimi Abd. Rahman
Beliau merupakan bakat yang perlu kita perlihatkan kepada Datuk K. Rajagobal. Skil dan kemahiran mengelecek beliau pasti membuka mata Jurulatih kebangsaan kita.

Sayap Kanan: Shahrul Azhar Ture
Seorang pemain yang mempunyai larian yang laju dan kemahiran mengelecek pemain yang tinggi. Pasti memberi masalah kepada pertahanan lawan.

Back-up Striker: Michael Baird
Beliau lebih sesuai di posisi belakang striker utama kerana beliau adalah seorang yang rajin dan bijak menggerakkan bahagian serangan. Ketajaman penyudah beliau pasti menjadi malam ini.

Striker: Leopold Alfonso
Tidak dinafikan pemain ini mepunyai kemampuan untuk merobek gawang Khairul Fahmi. Ingatkah lagi percubaan beliau tempoh hari ketika Sabah menentang Kelantan. Beliau mempunyai shooting yang baik dan permainan yang lebih bertenaga berbanding Bobby Gonzalez.

Pemain ke-12: Para penyokong Sabahawks
Ba...kita datang ramai-ramai sukung team kita Sabah....hehe...kita kasi gagar itu pemain kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...