Mar 18, 2012

Liga Super 2012: Keputusan penuh Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012

Liga Super 2012: Keputusan penuh Terengganu vs Sabah 17 Mac 2012

Terengganu berjaya mengutip 3 mata penuh berharga, dan terus menghambat Kelantan di persada Liga Super 2012 selepas terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mencatat kemenangan 6-3 keatas Sabah, di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi. Perlawanan tersebut juga ditonton juga oleh, Juara Liga Hong Kong 2011 iaitu Pasukan Kitchee Fc yang akan turun menentang Pasukan Terengganu dalam aksi saingan Kumpulan F Piala AFC, yang akan berlangsung pada hari Selasa petang.

Fariss dan Alto cuba menghalang pergerakan penyerang Terengganu, Forkey Doe.
Bermula sepak mula separuh masa pertama, pasukan pelawat terlebih dahulu mengatur serangan demi serangan.Namun serangan tersebut berjaya dipatahkan dengan mudah oleh benteng pertahanan pasukan Terengganu yang diketuai oleh Muslim Ahmad dan Faizal Muhammad. Dalam kelekaan pasukan Sabah menyerang, pasukan Terengganu berjaya membuat serangan balas dan berjaya mendapat tendangan sudut di sebelah kiri pintu gol pasukan Sabah. Sepakan sudut tersebut diambil oleh pemain tengah yang memakai jersi no 10, Ismail Faruqi Ashaari yang terus melakukan sepakan ke dalam kotak penalti, berjaya di keluarkan oleh benteng pertahana pasukan Sabah. Namun begitu bola tersebut singgah betul-betul kepada Ashaari Samsudin yang terus melakukan satu sepakan kencang dan terbias salah seorang pemain pasukan Sabah sebelum bola terus menerjah ke sebelah kiri gawang gol pasukan Sabah bagi membolehkan pasukan Terengganu mendahului pasukan Sabah 1-0 pada minit ke 5 permainan.

Belum sempat  Pasukan Sabah memperkemaskan benteng pertahanan, sekali gawang mereka di bocori pada minit ke 13. Francis Doe berjaya mengelecek pertahanan Pasukan Sabah sebelum melepaskan satu rembatan kencang dan berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney Syed Hussain buat kali ke 2. 

Selang 2 minit kemudian, Francis Doe sekali lagi menujukkan taring beliau. Beliau bijak menyempurnakan peluang yang terhidang di depan pintu gol, apabila mudah menolak bola ke dalam gawang gol, setelah menerima umpanan yang cantik di sebelah kiri pintu gol pasukan sabah oleh Erison Da Silva atau pun lebih dikenali sebagai Biano.

Tersentak dengan 3 jaringan dalam tempoh 15 minit, pasukan Sabah pantas memperkemas mutu permainan mereka.Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke 25, apabila Brenda Gan hampir merapatkan kedudukan, namun ketangkasan penjaga gol ke 2 pasukan Terengganu, Mohd Sharmiza Yusoff menjadi penyelamat. Pasukan Terengganu seolah-olah berpuas hati dengan 3 jaringan awal tersebut, mula memperlahan rentak permainan. Banyak hantaran- hantaran dilakukan tersasar dan sia-sia. Peluang itu pantas di ambil kesempatan pasukan Sabah yang terus melakukan serangan bertubi-tubi. 

Akhirnya, pasukan Sabah berjaya merapatkan kedudukan apabila, penyerang veteran mereka Zainaizam Marjan berjaya menyambut hantaran lintang disebelah kanan pintu gol pasukan Terengganu dan tenang menyempurnakan peluang yang terbuka luas pada minit ke 35 itu.

Gol tersebut berjaya membuat  para pemain pasukan Terengganu bangkit dari mimpi yang lena. Gol ke 4 pasukan Terengganu hadir pada minit ke 44, apabila dimana Francis Doe berjaya menggelecek pertahanan sebelah kiri pintu gol sabah sebelum masuk dalam kotak penalti, dan terus melepaskan rembatan, namun berjaya ditepis oleh Syed Adney, sebelum bola itu melantun ke udara, dan Abdul Manaf Mamat pantas menyempurnakan peluang tersebut, dengam mudah menanduk bola itu ke dalam pintu gol pasukan Sabah.

Ketika para pemain pasukan Terengganu masih lagi segar dengan jaringan ke 4 itu, Brendan Gan pantas menghukum kelalaian benteng pertahanan pasukan Terengganu, apabila mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol pada minit ke 45. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Pasukan Terengganu berjaya mendahului pasukan Sabah dengan 4 -2.

Terengganu melakukan sepak mula di separuh masa ke 2, pantas melakukan serangan demi serangan ke kubu pasukan Sabah. Namun benteng pertahanan pasukan Sabah yang dikemudi oleh bekas pemain Terengganu, Ronny Harun tetap ampuh bertahan. Sebaliknya pasukan Sabah berjaya melakukan serangan pantas dan hasilnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 66   menerusi pemain sayap mereka, Md Rozaimi Abd Rahman yang bijak menyempurnakan peluang terhidang di saat benteng pasukan Terengganu berkerja keras untuk mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya.

Gol tersebut ternyata membimbangkan penyokong setia pasukan Terengganu yang dianggarkan dalam 9000 ribu orang yang hadir pada perlawanan malam ini. Francis Doe nyaris menjaringkan gol ke 5 pasukan Terengganu, namu sayang percubaan beliau ketika berhadapan dengan Syed Adney mengenai tiang gol sebelah kanan pintu gol pasukan Sabah. 

Setelah melihat para pemain keletihan, Jurulatih pasukan Terengganu pantas membuat percaturan, dengan mengeluarkan Ismail Faruqi Ashaari dan memasukan Joseph Kallang Tie. Percaturan tersebut berhasil, apabila Joseph Kallang Tie berjaya melakuan satu hantaran silang yang cantik kedalam kotak penalti pasukan Sabah, sebelum Francis Doe berjaya menyudahkan hantaran silang tersebut dengan mudah, bagi membolehkan pasukan Terengganu mendahului dengan 5-3 pada minit ke 78 permainan.Gol tersebut membolehkan juga Francis Doe melakarkan hatrik pertamanya bersama-sama pasukan Terengganu.
 
Selang 2 minit kemudian, Joseph Kallang Tie berjaya melepasi pertahanan pasukan Sabah, Sebelum menggelecek Syed Adney dan melakukan sepakan leret ke dalam pintu gol pasukan sabah dan terus meletakan anak buah Justin Ganai semakin tertekan. Gol Tersebut juga adalah gol pertama Joseph Kallang Tie dalam saingan Liga Super 2012 musim ini. Tamat permainan dengan pasukan Terengganu berjaya mengatasi pasukan Sabah dengan jaringan 6-3. 

Sumber berita: Ganusoccer.net
Sumber gambar: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...