Mar 17, 2012

Preview Liga Super 2012: Kesebelasan utama skuad Sabah vs Terengganu

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
8.45 Malam.

Adakah ini kesebelasan utama Sabah yang akan diturunkan oleh Justin Ganai malam ini???
Kesebelasan pilihan Sabahawkians
Inilah kesebelasan utama Sabahawks yang menjadi pilihan kami pada kali ini untuk perlawanan menentang Terengganu. Dengan ketiadaan dua tonggak utama pasukan Sabah iaitu Michael Baird dan ketua pasukan, Rethuddin Ag. Emran, kemungkinan Justin Ganai akan membuat sedikit rombakan pada kesebelasan utama malam ini. Namun, dari pengamatan kami para penyokong Sabahawks...Kesebelasan di gambar atas adalah pilihan yang terbaik dan tatappp....

GK: Syed Adney
Menjadi pilihan utama Justin dalam beberapa perlawanan terakhir dan sememang prestasi beliau pada tahap yang terbaik pada masa ini. Azizon...macam berat badan. Irwan...second choice.

Pertahanan: Rosdin, Fariss, Alto, Mafry
Pastinya yang menjadi tumpuan adalah bek kanan, Alto Linus yang mendapat panggilan dari K.Rajagobal. Moral Alto semestinya dalam tahap yang tinggi dan sedikit memberi kegentaran kepada pasukan lawan dengan statusnya. Di pertahanan tengah, gandingan Mafry dan Fariss akan membentuk kombinasi yang terbaik. Mafry memiliki halangan yang lebih agresif serta pantas untuk mengekang pergerakan Forkey Doe. Di bahagian kiri, Ronny menjadi pilihan terbaik kerana kelebihan fizikal beliau amat diperlukan untuk menyekat penyerang Terengganu.

Tengah: Brendan, Sumardi, Rozaimi, Shahrudin
Gandingan Brendan dan Sumardi nampaknya berjaya dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan lebih ketara peningkatan yang ditunjukkan oleh Brendan. Kedua-dua sayap kita, Rozaimi dan Shahrudin tidak perlu dipertikaikan pemilihan mereka dalam kesebelasan kami kerana sememangnya mereka yang terbaik. Rozaimi pastinya akan menjadi pemain tumpuan lagi malam ini.

Penyerang: Zainizam, Leopold
Zainizam lebih sesuai untuk tugasan di Kuala Terengganu kerana kelincahan dan kebijakan beliau mencari ruang di kawasan lawan. Selain itu keupayaan Zai melakukan percubaan adalah satu kelebihan beliau. Leopold menjadi pilihan dan bukan Bobby kerana dia dilihat lebih tajam dalam penyudah. Selain itu, Leopold ada instinct untuk membuat percubaan setiap kali bola singgah di kaki beliau.

Apapun, siapa yang akan berada di atas padang...kami penyokong Sabahawks tatappp melihat ianya adalah yang terbaik...yang penting main berabis...bukan main main-main....kalah biar bermaruah...kita sambar itu penyu, bawa balik Sabah bikin pusassss...Tatapppp!!!!!!

Baca juga......Head-to-Head Terengganu vs Sabah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...