21 Apr 2012

12 fakta nombor: Analisis prestasi Sabahawks pada pusingan pertama Liga Super

12 fakta nombor mengenai analisis prestasi pasukan Sabahawks selepas tamat pusingan pertama. Analisis ini tidak menghambil kira perlawanan terakhir Sabahawks menentang Perak di Ipoh 17 April lalu kerana perlawanan tersebut adalah perlawanan pembukaan untuk pusingan kedua. Mari kita layan 10 fakta tersebut:

0. Kosong
- Tiada kemenangan yang Sabahawks perolehi di tempat lawan.

1. Satu
- 1 gol sendiri oleh Mafry Balang ketika Sabahawks tewas kepada Perak 1-3.
- 1 gol sendiri pasukan lawan untuk Sabahawks oleh Helmi Remeli (PKNS 2-2 Sabah).
- Hanya 1 gol dijaringkan oleh pemain import, Brendan Gan ketika Sabahawks tewas kepada Terengganu 3-6.

2. Dua
- 2 kali Sabahawks menamatkan permainan dengan 10 pemain iaitu ketika menentang Singapore Lions (kad merah Mafry) dan Kedah (kad merah Brendan).
- 2 kali Sabahawks bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menamatkan perlawanan dengan seri iaitu ketika menentang PKNS (2-2) dan Negeri Sembilan (2-2).

3. Tiga
- 3 kemenangan yang dicatatkan Sabahawks di pusingan pertama. Sarawak (2-1), Kuala Lumpur (2-0) dan Johor FC (2-1).
- 3 gol jaringan terbanyak Sabahawks dalam satu perlawanan ketika tewas kepada Terengganu 3-6.
- Sabahawks menamatkan 3 perlawanan dengan 'clean sheet'. T-Team (0-0), Kelantan (0-0) dan Kuala Lumpur (2-0).
- 3 pemain Sabahawks dipanggil menjalani latihan kebangsaan oleh K.Rajagobal iaitu Syed Adney, Shahrudin Yakup dan Alto Linus.

4. Empat
- 4 pasukan yang berjaya menewaskan Sabahawks iaitu Felda United (0-2), Singapore Lions XII (0-1), Terengganu (3-6) dan Perak (1-3).
- 4 perlawanan berakhir dengan Sabahawks tidak menjaringkan sebarang gol. Felda United (0-2), T-Team (0-0), Singapore Lions (0-1) dan Kelantan (0-0).
- 4 gol masing-masing oleh Shahrudin Yakup dan Micheal Baird sebagai penjaring terbanyak Sabah di pusingan pertama.

5. Lima
- 5 perlawanan berturut-turut Sabahawks tanpa kemenangan.

6. Enam
- 6 seri. Sabahawks menamatkan perlawanan dengan keputusan seri dalam 6 perlawanan. T-Team (0-0), PKNS (2-2), Kelantan (0-0), Kedah (2-2), Selangor (1-1) dan Negeri Sembilan (2-2).
- 6 gol membolosi gawang Sabahawks semasa perlawanan menentang Terengganu.
- Tangga ke-6. Kedudukan tertinggi Sabahawks dalam liga ialah pada posisi ke-6 selepas perlawanan ke-8.

7. Tujuh
- 7 pemain berbeza berjaya menjaringkan gol untuk Sabahawks dalam pusingan pertama. Shahrudin (4), Micheal (4), Rozaimi (3), Zainizam (2), Bobby (1), Brendan (1) dan Ronny (1).

8. Lapan
- Matchday 8. Kemenangan Sabahawks dalam perlawanan ke-8 Liga Super (14 Februari) ke atas Kuala Lumpur melonjakkan kedudukan Sabahawks di kedudukan ke-6 liga dan yang paling tinggi di pusingan pertama.

9. Sembilan
- Sabahawks berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol dalam 9 perlawanan liga.

10. Sepuluh
- Tangga ke-10. Kedudukan Sabahawks dalam Liga Super selepas tamat pusingan pertama.

15. Lima Belas
- 15 mata. Jumlah mata Sabahawks setelah tamat pusingan pertama Liga.

Anda ada fakta lain yang lebih menarik???
Apa kata anda kongsikan fakta anda di ruangan komen dibawah...Atau 'like' post ini untuk dikongsikan ke FB...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...