Apr 15, 2012

Analisis Perlawanan: Sabah vs Perak 14 April 2012

Analisis Perlawanan: Sabah vs Perak 14 April 2012

SABAH  (1)
Zainizam Marjan (min-1)

VS

PERAK  (3)
Akmal Rizal (min-65), Mafry Balang-gs (min-67), Lazar Popovic (min-90)

Ringkasan/Highlight perlawanan:

Separuh masa pertama:
min-1: Zainizam menjaringkan gol melalui tandukan lambung melepasi penjaga gol Perak yang keluar dari gawang hasil hantaran lintang Rozaimi. Sabah 1 - 0 Perak.

min-11: Tandukan Rozaimi hasil hantaran lintang Shahrul tersasar di sebelah kanan gawang Perak

min-16: Sepakan percuma lencong Akmal Rizal sempat ditepis sedikit oleh Syed Adney sebelum bola terkena tiang sebelah kiri.

min-21: Sekali lagi Akmal Rizal melakukan percubaan dari luar petak penalti yang berjaya ditepis keluar oleh Syed Adney.

min-29: Popovic berjaya menanduk bola hantaran Shahrulnizam namun berjaya diselamatkan oleh Syed sekali lagi.

min-33: Kapten Perak, Shahrulnizam membuat percubaan dari luar kotak penalti tetapi sedikit terkeluar. Perak mula menguasai permainan.

min-38: Syed Adney cemerlang menyelamatkan kuisan Popovic di depan gawang.

min-45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah di depan mendahului Perak 1-0.

Separuh masa kedua:
min-47: Sepakan percuma yang dilakukan oleh Shahrulnizam terkeluar di sebelah kiri gawang Sabah.

min-50: Akmal berjaya melepasi kawalan Shahrul untuk berdepan 1 sama 1 dengan  Syed tetapi percubaan lemahnya mudah ditangkap Syed.

min-53: Sekali lagi sepakan percuma pemain Perak tinggi melewati palang.

min-55: Thanaraj masuk menggantikan Bobby.

min-65: Gol Perak!! Akmal berjaya memperdaya pertahanan Sabah sebelum melepaskan rembatan rendah ke kiri gawang Sabah. Perak mengikat kedudukan kepada 1-1.

min-67: Gol kedua Perak. Hantaran silang yang dilakukan oleh pemain gantian Perak, Fakhrulrazi tertampan masuk ke dalam gawang sendiri oleh Mafry Balang. Perak mendahului Sabah 2-1.

min-71: Thanaraj berjaya lepas di sebelah kiri gawang Perak namun hantaran lintangnya gagal disambut oleh penyerang Sabah.

min-75: Zureindey digantikan Fariss.

min-80: Gerakan 1-2 antara Zainizam dan Mafry memberi ruang kepada Rozaimi tetapi percubaannya berjaya dihalang pertahanan Perak.

min-87: Rembatan luar kotak penalti oleh Shahrudin yang membias tetapi sempat diselamatkan oleh penjaga gol Perak.

min-90: Gol ketiga Perak.Serangan balas Perak sebelah kiri berhasil apabila Popovic yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum menyungkit bola melepasi Syed yang terkeluar dari gawang. Perak di depan dengan 3-1.

min-90+2: Juffry yang bijak melarikan bola di tepi kotak penalti membuat rembatan dengan kaki kiri tetapi sedikit melepasi palang.

min-90+4: Tamat perlawanan. Sabah tewas kepada Perak dengan jaringan 1-3.

Kesebelasan pemain

SABAH: Syed Adney Syed Hussin, Mafry Balang, Md Reithudin Ag Emran, Sumardi Hajalan, Shahrul Azhar Ture, Zuraindey Jumai (Mohd Fariss Azlan Mat Isa), Radzi Mohd Hussin, Shahrudin Yakup, Md Rozaimi Abd Rahman (Jufrey Omopor), Zainizam Marjan, Bobby Gonzales (K. Thanaraj)
RESERVE: Irwan Jamil, Mohd Safuan Ibrahim, Jufrey Omopor, Sabri Sahar, Dendy Lowa

PERAK: Mohd Nasril, Mohd Sharom A. Kalam, Mohd Syazwan Roslan, Shahrul Nizam (Wan Hossen Wan Abd Ghani), Lazar Popovic, Muhd Nazri Mohd Kamal (Mohd Failee M Ghazali), Akmal Rizal Rakhli, Mohd Fazrul Hazli (Fahrul Razi Kamaruddin), K. Nantakumar, Mohd Noor Hazrul, Muhd Rafiuddin Roddin
RESERVE: Kamarul Effandi, Muhd Shafiq Jamal, Isma Alif Mohd Salim, Mohd Hisyamuddin

Admin: Tinggalkan komen anda di bawah atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini di FB...thanksss.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...