Apr 22, 2012

Cerita Bangang: Carta Liga Super versi FAM yang bikin malu!!!

Memalukan!!!

Baru tadi penulis datang melawat web rasmi FAM untuk mencari carta liga super terkini disebabkan carta yang ada pada blog ini sedikit mengelirukan. (Lihat carta liga pada widget sidebar kanan). Sedikit kekeliruan berkenaan dengan kedudukan pasukan Kedah dan Sabah pada carta liga tersebut yang mana menunjukkan kedudukan Sabah di tangga ke-12 dengan jumlah 15 mata. Namun, menurut perkiraan penulis, jumlah mata terkini Sabah ialah 16 mata hasil 3 kemenangan, 7 seri dan 4 kekalahan dan sepatutnya berada di kedudukan ke-11 carta mengatasi Kedah atas perbezaan gol.


Tapi...mari kita lihat carta liga super di web rasmi FAM...(not edited)
Carta Liga Super dari web rasmi FAM
Lihat pula carta liga kami....
Carta Liga Super 2012 oleh Sabahawkians
Penulis hanya mampu menggelengkan kepala saja...perkara semudah begini pun boleh FAM terlepas pandang??? Memalukan...
Korang tidak percaya??? lawat sendiri laman web FAM...
http://www.fam.org.my/

Cuba juga korang bandingkan carta liga super Malaysia dari web FIFA...

Penulis tidak boleh komen lebih-lebih di sini...paham-paham la...
Baik korang yang komen...huhu...(geleng kepala lagi)...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...