27 Apr 2012

Keputusan Penuh Liga Presiden: Sabahawks Juniors tewaskan Johor Melodi Jaya 4-1

Liga Presiden 26 April 2012: Johor Melodi Jaya (1) vs (4) Sabah

Sabahawks Juniors pulang dari Johor dengan membawa 3 mata penuh hasil kemenangan ke atas pasukan berstatus kelab, Johor Melodi Jaya dengan jaringan 4-1 di Stadium Mini Kulai petang kelmarin.

Sabah mendahului pasukan tuan rumah 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Leopold Alfonso Otong, Umareng Bacok dan Zackalani Antanom. Bersambung babak kedua, tuan rumah terlebih dahulu merapatkan jaringan kepada 1-3 sebelum Zackalani menambah derita pasukan tuan rumah untuk gol keempat Sabahawks yang juga gol keduanya dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan ini membolehkan Sabah mengutip 48 mata hasil 15 kemenangan, 3 seri dan tewas 1 kali, namun kekal di tangga ke-2 liga dibelakang Kedah menerusi perbezaan jaringan gol. Kedah menewaskan Melaka 5-0 untuk kekal di persada liga.

Perlawanan Sabahawks Junior adalah pada 30 April (Khamis) menentang Kelantan di Stadium Likas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...