Apr 17, 2012

Sabahawks News: Sabahawks berjaya mengikat Perak 2-2

Keputusan Penuh: Perak vs Sabah 17 April 2012 | Perak vs Sabahawks 17/4/12
 
PERAK  (2)
Micheal Kubala (35', 90+3')

vs


SABAH  (2)
Zainizam Marjan (45+1', 61')


Micheal Kubala meranapkan harapan Sabahawks untuk membawa pulang tiga mata penuh di Std. Ipoh, Perak apabila jaringannya pada minit-minit akhir masa kecederaan mengikat skuad kendalian Justin Ganai dengan jaringan 2-2.

Sabah yang bermain tanpa kehadiran pemain import berbanding Perak yang menurunkan kedua-dua import mereka berjaya mengimbangi permainan dan bermain lebih kemas. Namun, Perak lebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-35 hasil jaringan Micheal Kubala menerusi sepakan percuma dari luar petak penalti yang menewaskan Syed Adney yang sebelum itu masuk menggantikan Irwan Jamil yang cedera. Sabah bagaimanapun berjaya mengikat kedudukan seminit sebelum separuh masa pertama tamat menerusi Zainizam yang bijak menyambut bola hantaran lemah dari penjaga gol Perak sebelum membawa masuk bola ke kotak penalti dan membuat rembatan yang terus menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, Sabah dilihat lebih banyak mengatur gerakan di awal separuh masa kedua dan hasilnya, Zainizam Marjan sekali lagi melakukan jaringan pada minit ke-61. Gol tersebut berpunca dari kesilapan pemain pertahanan Perak yang terlepas bola sebelum Thanaraj menghantar bola ke kotak penalti yang disambut dengan baik oleh Zainizam sebelum melepaskan rembatan menewaskan Nasril Nourdin untuk kali kedua.

Selepas jaringan kedua Sabah itu, Perak mula menguasai permainan dengan melakukan banyak asakan ke kawasan kotak penalti. Namun, ketangkasan penjaga gol Sabah, Syed Adney berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya pemain pasukan Perak.

Kesilapan pemain Sabah menghadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti ketika permainan berbaki seminit untuk ditamatkan akhirnya mengundang padah. Micheal Kubala sekali lagi mengambil sepakan percuma tersebut dan bijak menghalakan bola tepat ke penjuru gawang Sabah yang gagal sama sekali ditepis oleh Syed. Tamat perlawanan, pemain-pemain Sabahawks kelihatan kecewa dengan keputusan itu setelah mereka telah berhempas pulas untuk memastikan jaringan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Apapun, kunjungan Sabah ke Perak tidak sia-sia dengan membawa pulang satu mata dan pujian harus diberikan kepada semua pemain Sabahawks yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun bermain tanpa khidmat pemain import. Tahniah Sabahawks!!!

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...