5 Apr 2012

Preview Liga Presiden 2012: Sabah vs Melaka 5/4/12

Liga Presiden 2012: Sabahawks Junior vs Melaka 5/4/12

Sabahawks Junior turun padang hari ini  bagi meneruskan misi memburu kemenangan ke-13 dalam saingan Liga Presiden dengan melayan kunjungan Melaka di Stadium Likas pada 4.15 petang ini. Ini merupakan perlawanan ke-15 Sabahawks Junior dalam liga yang mana menyaksikan pasukan ini terus mengungguli takhta liga dengan kutipan 38 mata hasil dari 12 kemenangan, 2 kali seri dan masih belum tewas musim ini. 

Yang pastinya, pemain-pemain Sabahawks Junior akan bermain dengan moral yang tinggi setelah melakar kemenangan 9 kali berturut-turut termasuk kemenangan 1-0 ke atas Johor Isnin lalu. Dan lebih manis lagi, mereka tidak melepaskan sebarang gol dalam 7 perlawanan terakhir mereka.

Sabahawks Junior dijangkan menurunkan kesebelasan terbaik petang ini dengan hanya pemain tengah, Umareng Bacok terlepas aksi kerana penggantungan 2 perlawanan kerana menerima kad merah dalam perlawanan Sabah-Johor lalu. Difahamkan juga bahawa penyerang, Leopold Alfonso Otong, tidak mendapat pelepasan daripada skuad senior yang sedang dalam persiapan untuk perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

Pada aksi pusingan pertama di Std. Hang Tuah, Sabah menumpaskan Melaka dengan jaringan 4-1.

Pengurus pasukan, Juil Nuatin mengingatkan agar para pemain untuk fokus terhadap permainan dan tidak mengambil mudah terhadap kemampuan pasukan lawan.

“Although we are playing at home, but we must treat this game seriously. Of course, I’m optimistic of them delivering the result. We won our first round encounter 4-1 on the road (against Melaka), but then again, if they go into any battle with a negative mind by taking things for granted, we could be punished.

“So tomorrow (today), it is important for us to go out there and play to our best abilities,” said Juil, while calling on his charges to score as many goals as they could in the match, which kicks off at 4.15pm.

News Sabah Times

Admin: Leave your comment below or share this post to Facebook by clicking "Like"...Thanksss...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...