13 Apr 2012

Preview Liga Super 2012: Sabah vs Perak 14 April 2012

Preview Liga Super 2012: Sabah vs Perak 14 April 2012 | Sabahawks vs Perak 12/04/2012

Stadium Likas bergegar lagi....
Salam para sabahawkians semua...kita bertemu lagi kali ini untuk membicarakan perlawanan Liga Super yang  antara pasukan tuan rumah, Sabah menentang pasukan Perak di Std Likas malam esok. Pastinya, para peminat bolasepak tempatan menanti-nantikan perlawanan ini yang mana merupakan perlawanan terakhir bagi Sabahawks dalam pusingan pertama untuk melihat sejauh manakah pencapaian pasukan ini selepas pertengahan musim liga.

Mari kita lihat sedikit preview Sabah vs Perak...
Statistik prestasi  semasa Sabah vs Perak
Jika dibandingkan prestasi antara kedua-dua pasukan, sukar untuk menentukan pasukan yang mana lebih baik. Namun, sedikit kelebihan terletak pada pasukan Sabah yang bermain di tempat sendiri jikalau kita membandingkan prestasi pasukan Perak di tempat lawan di mana mereka telah tewas 4 kali dari 7 perlawanan. Jika dibanding dari segi penyudah, Sabah hanya lebih baik sedikit berbanding Perak yang mana Sabah menjaringkan 16 gol dalam 12 perlawanan manakala Perak hanya menjaringkan 14 gol dalam 13 perlawanan. Perak dilihat bukan pasukan yang mantap kerana kesemua 6 kemenangan yang mereka perolehi setakat ini adalah hasil dari kemenangan tipis iaitu samada pada jaringan 1-0 ataupun 2-1.Bagi pasukan Sabah, sudah pasti mereka tidak mahu dilabel sebagai pasukan pakar seri setelah menamatkan 6 perlawanan liga musim ini dengan keputusan seri termasuk perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan berkesudahan 2-2. Perak pula telah menamatkan perlawanan pusingan pertama mereka tempoh hari menentang Singapore Lion XII yang menyaksikan pasukan itu tewas 2-1.

Apapun statistiknya, penentu sebenar kepada pasukan yang terbaik malam esok adalah pertarungan di atas padang yang akan ditentukan oleh 11 pemain di kedua-dua pasukan. Sama-sama kita saksikan...SABAH TATAPPP!!!


Lihat juga rekod pertemuan kedua-dua pasukan

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...