Apr 11, 2012

Ranking FIFA: Malaysia jatuh ke kedudukan 156

Ranking FIFA terbaru Malaysia 11 April 2012
Rangking FIFA Malaysia di peringkat Zon Asia (AFC)
Inilah rangking FIFA bagi zon Asia terbaru yang dikeluarkan pada 11 April 2012 yang menunjukkan Malaysia jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 156 berbanding 152 sebelumnya.

Satu lagi perkembangan yang kurang menyenangkan dikalangan peminat bolasepak Malaysia yang rata-ratanya tidak berpuashati dengan rangking terbaru negara kita. Komen-komen peminat di laman sosial lebih banyak menghentam pihak pengurusan atasan FAM berbanding menghentam prestasi pasukan negara.

Lebih memeritkan lagi, pasukan yang tidak mempunyai liga profesional seperti Bangladesh (#152), Nepal (#149) dan Filipina (#148) kini sudah boleh mengatasi Malaysia. Inilah senario bolasepak Malaysia yang semakin menghairankan seluruh peminat bolasepak Malaysia. Sungguh memalukan!!!



Admin: Tinggalkan komen atau klik 'like' untuk mengongsikan post in ke FB.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...