17 Apr 2012

Sabahawks News: Hendrik Helmke pemain import baru Sabahawks

hendrik helmke sabah | hendrik helmke sabahawks

Hendrik Helmke...import baru Sabahawks
Sabah memuktamadkan pencarian pemain import baru untuk menggantikan penyerang import, Micheal Baird yang mengalami kecederaan lutut serius dengan mengikat pemain kelahiran Jerman, Hendrik Helmke kelmarin.

Hendrik Helmke (24 tahun) berasal dari Jerman berjaya menarik perhatian pihak pengurusan SAFA serta jurulatih, Justin Ganai mengenepikan tiga lagi calon import yang telah hadir dalam ujian pemilihan SAFA Jumaat lalu.


Michael Baird yang bermain agak baik dalam skuad Sabahawks musim ini terpaksa ditamatkan kontraknya memandangkan kecederaan beliau yang agak serius yang mana memerlukan tempoh tiga bulan untuk pulih. Pengurusan Sabah FA melihat keadaan ini sebagai suatu yang malang dan membuat keputusan berat  mengenepikan Micheal agar tidak mencacatkan perancangan Sabahawks dalam kempen Liga Super.

Sedikit info mengenai Hendrik Helmke:

Hendrik Helmke berasal dari Jerman tetapi memiliki darah campuran Brazil. Ayahnya adalah Jerman manakala ibunya berasal dari Brazil. Beliau bermain di posisi tengah dan memiliki kebolehan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kelab terakhir Hendrik sebelum menyertai Sabah FA adalah IFK Mariehamn iaitu sebuah kelab yang berpengkalan di Finland. Beliau telah bermain sebanyak 29 kali dan menjaringkan 2 gol bagi pasukan itu.
Info Hendrik Helmke di Wikipedia
Admin: tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...