May 15, 2012

Adakah ini kesebelasan utama Sabahawks malam ini?


Kesebelasan utama Sabahawks pilihan blog kami | Kesebelasan Sabah 15 Mei 2012

1st eleven Sabahawks pilihan sabahawkians
Azizon Abd Kadir pastinya pilihan terbaik di gawang gol berbanding Syed. Irwan Jamil adalah pilihan kedua sekiranya dia sudah pulih dari kecederaan. Rangkaian pertahanan yang dibarisi oleh Reithauddin, Mafry, Ronny dan Alto adalah yang terbaik pada masa kini.

Bahagian tengah Sabahawks lebih hidup dengan gandingan Hendrik, Sumardi dan Brendan. Hendrik dengan ketepatan hantarannya,Sumardi dengan kelincahannya dan Brendan dengan kerajinannya. Tapi, dengan ketiadaan Rozaimi yang bersama skuad kebangsaan, kami meilih Sumardi di sayap kiri. Beliau adalah calon terbaik. K. Thanaraj adalah pilihan kedua. Kepantasan adalah aset utama pemain di bahagian sayap. Oleh itu, Shahrul adalah pilihan terbaik di sayap kanan Sabahawks berbanding Shahrudin.
 
Penyerang veteran, Zainizam tetap menjadi pilihan kami dalam perlawanan ini dengan mengambilkira ketajaman
penyudah beliau. Juffry@Messi pastinya pemain yang sentiasa ingin kami lihat aksinya di padang. Dan seperti yang dilaporkan di beberapa akhbar hari ini, Justin Ganai membayangkan untuk menurunkan Juffry malam ini.  Satu berita yang menarik. Mungkinkah malam ini, buat pertama kalinya, Zainizam dan Juffry akan bergandingan dalam kesebelasan utama Sabahawks. Kita nantikan...

Apapun kesebelasan Sabahawks malam ini, yang pastinya mereka adalah yang terbaik.
Kita harapkan "The Chosen Eleven" malam ini akan memberikan kemenangan buat Sabahawks.
SABAHAWKS TATAPPP!!!

Admin: Minta-minta la JG kasi main si Juffry malam ini...tatap begagar stadium.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...