May 19, 2012

Apabila peminat bersuara: Top 5 boleh blah!!!

Apabila peminat bersuara...

Kekalahan back-to-back Sabahawks dalam dua perlawanan terakhir dan yang terbaru ditangan pasukan T-Team di tempat sendiri mengundang reaksi yang hebat dari ramai peminat. Sabahawks kini berada di zon penyingkiran, jauh dari sasaran awal untuk menempatkan 5 tempat teratas Liga Super. Nampaknya peminat-peminat Sabahawks yang selama ini berdiam diri dan sentiasa teguh menyokong mula hilang kesabaran dengan aksi merudum dari pasukan kesayangan mereka ini. 

Banyak luahan-luahan rasa tidak senang dengan perkembangan Sabahawks ini dan kami telah memilih satu daripada luahan tersebut.
Ikuti luahan hati dari page facebook Sabah Football Team (SFT)...

"Belum puas hati berkata-kata, kerisauan terus membelenggu hati para penyokong dikala pasukan yang disayangi terumbang-ambing seperti Hawks yang patah sayapnya... Top 5? Jangan mimpi, sekarang pun bermati-matian keluar dari zon penyingkiran, ada hati mahu duduk top 5? Mulut manis semanis madu konon top 5, tapi kenyataan sepahit hempedu... Pengurusan yang lemah, lembab dan tiada komitmen boleh dilihat dari pasukan, pemain terbaik dunia pun yang main dengan Sabah kalau pengurusan lemah, lembab dan tiada komitmen tidak akan kemana... Pengurus pasukan lain sibuk meningkatkan mutu bola sepak diorang, tapi SAFA? adakah SAFA perlu duduk... tunggu... tengok... duit... masuk..? Selain itu suara penyokong yang mahu Justin Ganai letak jawatan sudah jelas kedengaran, kenapa? adakah itu salah penyokong? adakah penyokong tidak layak bersuara dikala pasukan mereka diambang penyingkiran? diawal musim target top 5, kesudahannya liga perdana menanti, kami tidak minta top 3 atau nombor 1 setakat ini, tapi target yang diletakkan oleh Justin Ganai sendiri pun kita tidak boleh capai, kedudukan ke 6 atau 7 boleh lagi kita terima... tapi sekarang jangan mimpi, top5 di Liga Perdana pun tidak tercapai kalau tiada pengurusan yang bagus...

#Kepada pihak yang berkaitan fikir-fikirkan lah, ayat sudah jelas... Jawatan-jawatan tertinggi SAFA, bagi lah kepada orang yang serius meningkatkan kualiti bola sepak Sabah..."

Sabah Football Team
http://www.facebook.com/SABAHFOOTBALLTEAM

Adakah luahan ini adalah luahan hati anda juga???
Fikir-fikirkan...

Kami bilang: Target stay Liga Super ja la SAFA...top 5 tatap tiada harapan jikalau tidak berubah....

4 comments:

  1. sokong 100%.ntah apa2 strategi coach justin ni,saya bukan juga faham sangat juga taktikal bola ni,,tapi heran bin ajaib justin ni,lambat pick up dalam setiap match,coach lain cepat perasan dan buat pertukaran pemain dan taktikal bila pasukannya ada kurang sengat,,si justin berdiri sandar2 saja ditiang,panas aku tengok,dia paksa pemain yang sudah penat atau tiada fungsi sama sekali,,ini saya tolong sikit,striker macam boby gonzales tu jangan pakai lagi la,bagus lagi si messi sabah tu..tolong lah, bukan mau sabah no.1 tapi competitive lah sikit..rindu zaman dulu..tukar tu coach,,pemain2 macam brendan tu pun tiada guna punya import,,cincai betul juga kamu cari import ni..main tangkap ayam saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa punya SAFA cari pemain import Brendan Gan tu main ambil saja...lansung tidak bagus...kau tinguk negeri lain semua hebat pemain import diorang..betullah main cincai saja ambil pemain import...janji ada...bodoh punya SAFA!!!!

      Delete
  2. patutpun selalu gol..apa kana mengana blog nni cerita cinta penjaga gol sabah syed anney tu..macam hebat sangat..Khairul Fahmipun tidaklah macam tu..glamour lebih tapi bolos 9-0.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kena 9-0 tu bukan syed adney la bro...tolong check balik ya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...