15 Mei 2012

Cerita Admin: Angka 8 memberi tuah kepada Sabahawks???



Segmen Cerita Admin - Angka 8 memberi tuah kepada Sabahawks???


Angka 8...nombor 8...lapan...
Apa ada dengan angka lapan ini? Apa kaitan angka ini dengan perlawanan malam ini?
Adakah 8 gol terhasil malam ini? Adakah 8 kad merah dilayangkan malam ini??? Adakah seri ke-8 bagi Sabahawks malam ini???

Angka lapan orang cina bilang kaya, tapi admin bilang lapan ni MENANG...tapi kenapa lapan???
lapan = menang???

Bah...ini la mau cerita ni...


Kelmarin, admin cari bahan cerita untuk analisis Sabah vs T-Team, admin tersinggah ke website soccerpunter.com. Bongkar punya bongkar, terjumpalah admin dengan statistik yang sadis untuk admin lihat. Terkejut ayam sambil tepuk dahi apabila melihat analisis rekod pertemuan antara dua pasukan ini. Lama juga admin memikir dan mengingat-ingat semula. Apa ka betul analisis website ini buat? Tidak puas hati, admin cari lagi dan tersangkut di website soccerway.com. Nah...memang banar.
Kawan-kawan mau tau apa yang admin jumpa...nah..tengok ni..

tidak paham...tingu yang ni...

Nah...ini rekod 7 game terdahulu Sabah dangan T-Team. Jadi malam ini adalah perlawanan ke lapan (8) Sabah menentang T-Team. Ini lah pasal admin bercerita...kita bercerita pasal perlawanan ke lapan.

Rupa-rupanya dalam banyak-banyak pasukan di Liga Malaysia ni masih ada pasukan yang Sabah belum pernah kasi kalah. Bukan pasukan negeri tetapi pasukan berstatus kelab, T-Team.

T-Team ini sebenarnya pasukan yang dinaungi oleh PBDKT dan hanya mula dikenali selepas memenangi liga FAM pada 2008 sebelum menyertai liga perdana pada musim 2009. Mengimbas kembali rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini, Sabah tewas berturut-turut dalam enam pertemuan awal mereka dengan T-Team. Sehinggalah pada perlawanan ke tujuh, Sabah berjaya 'meredakan' badi kekalahan kepada T-Team apabila
berjaya mengikat seri pasukan tersebut di tempat lawan dalam saingan Liga Super musim ini. Rasa-rasanya belum ada pasukan seperti T-Team yang memang 'karas' dan 'liat' untuk Sabah tumbangkan.

Tapi apa kata kalau perlawanan ke lapan (8) kedua-dua pasukan malam ini akan menjadi penamat bagi 'sial' Sabah ditangan T-Team?

Biarlah angka 8 malam ini diterjemah kepada MENANG...tiada lain melainkan 8=menang...bukan seri yang ke-8 dan jangan sampai kami hantuk kepala di dinding Std Likas 8 kali kerana KALAH lagi...palis-palis...janganlah lagi...

Kami bukannya minta banyak-banyak sampai 3-0, 4-0, 8-0...cukuplah dengan 1-0...yang penting menang...we cannot afford another defeat.

Sabahawks...buangkan yang 'sial' dan ambil 'tuah' nombor 8 dengan kemenangan malam ini. Ayuh Sabahawks!!!
SABAH TATAPPP!!!

Admin: Mau mandi 8 kali sebelum turun Likas malam ni...kalau kalah, nda mau mandi 8 hari...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...