4 Mei 2012

Menjelang perlawanan Sabah vs Felda: 10 perkara perlu anda tahu


10 perkara yang perlu anda tahu menjelang perlawanan Sabah menentang Felda United malam ini.

1. Hendrik Helmke akan membuat penampilan sulungnya bersama pasukan Sabahawks malam ini bergandingan dengan Sumardi di bahagian tengah.

Harapan kita...Hendrik a.k.a Dico, Rozaimi dan Bobby
2. K. Thanaraj dan Zainizam kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

3. Brendan Gan akan berada dalam senarai 18 pemain dalam perlawanan malam ini tetapi tidak pasti akan berada di kesebelasan utama.

4. Kemungkinan besar kita akan melihat aksi penjaga gol veteran, Azizon Abd. Kadir malam ini setelah sekian lama disisihkan.

5. Perlawanan malam ini bukan hanya menjadi ujian kepada Hendrik, tetapi juga kepada pengurus baru Sabahawks, Yahya Datuk Kassim.

6. Rozaimi dan Bobby menjadi pilihan Justin Ganai untuk mengepalai serangan.

7. Alto Linus akan kembali semula dalam skuad kesebelasan setelah tersisih dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan.

8. Kemenangan Sabahawks malam ini akan melonjakkan kedudukan Sabah sekurang-kurangnya satu anak tangga.

9. Pemain-pemain Sabahawks akan bermain malam ini dengan memakai jersi baru tajaan Graceone.

10. Terakhir dan yang paling penting...kita turun beramai-ramai ke Stadium Likas malam ini untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Sabahawks. Kita kasi gagar itu stadium...Sabah Tatappp!!!

Sumber gambar:
News Sabah Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...