May 18, 2012

Ulasan amatur dari seorang peminat setengah mati Sabahawks


Apabila peminat Sabahawks membuat ulasan: Sabah vs T-Team

Sebelum anda membaca keseluruhan isi post ini, diingatkan bahawa penulis bukanlah penganalisis atau pengulas yang bertauliah. Penulis hanyalah insan biasa berstatuskan 'fan setengah mati Sabahawks' yang ingin berkongsi apa yang dilihat dengan mata kepala penulis sendiri. Hanyalah pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan tepat 100% apa yang berlaku dalam perlawanan tempoh hari. Jika anda mempunyai pandangan lain yang mahu ditambah atau ada pandangan dari penulis yang anda tidak bersetuju, kami mengalu-alukan komen anda.


1. Azizon Abd. Kadir vs Fadzli Shaari

Jaringan dua gol T-Team bukanlah menjadi penentu kepada prestasi keseluruhan Azizon dalam perlawanan tersebut. Jaringan pertama T-Team oleh Fadzli Shaari sememangnya 'stunning'. Kelihatan Azizon tidak menyangka Fadzli membuat rembatan pada situasi yang sukar iaitu ketika dicabar oleh seorang pertahanan Sabah. Penonton sendiri tergamam dan terpaku melihat bola menjunam masuk ke gawang. Gol kedua T-Team tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kepada Azizon kerana ianya adalah 'free header'. Ada penonton beranggapan Azizon seharusnya keluar menangkap bola tersebut. Namun, bagi penulis, ketajaman Fadzli Shaari dan kegagalan pertahanan mengekang beliau adalah dua isu yang perlu diambil kira. Walaupun melepaskan dua gol, Azizon bertindak baik menyelamatkan dua tiga percubaan dari pemain T-Team. Cuma beberapa tindakan beliau yang menghantar pendek bola dari sepakan gol kepada pertahanan Sabah mengundang bahaya. Beberpa kali juga sepakan gol atau sepakan percuma Azizon tersasar.

2. Barisan pertahanan
Pertahanan Sabah pada perlawanan tersebut agak longgar dengan beberapa kali boleh dilihat pemain T-Team selesa membuat hantaran-hantaran pendek yang mudah di kawasan luar kotak penalti. Pertahanan kanan, Alto berada dalam situasi yang sukar pada malam tersebut apabila dua kali dilepasi dengan mudah oleh pemain T-Team. Mafry melakukan satu kesilapan melepaskan bola kepada lawan yang menghasilkan gol pertama. Trend Rethauddin yang sering melakukan 'clear' bola keluar dari padang juga mengundang rasa tidak senang penonton terutama sekali pada situasi yang tidak perlu beliau melakukan begitu. Juga jelas kelihatan tiada connection yang baik antara bahagian pertahanan dengan bahagian tengah. Kadang-kadang pemain-pemain pertahanan terlalu fokus atau mindset lebih kepada defending sehinggakan ketika pemain tengah Sabah memegang bola, mereka kurang mendapat support dari bahagian pertahanan.

3. Bahagian tengah

Hendrik dan Brendan. Sudah nampak keserasian kedua-dua pemain ini mengemudikan bahagian tengah. Pada perlawanan Rabu lalu, kedua-dua pemain menggunakan corak permainan yang berbeza dengan Brendan lebih banyak melakukan hantaran mudah dan pendek manakala Hendrik bermain 'holding ball' dan lebih variasi hantarannya. Hendrik bijak bermain dengan bola untuk membuka ruang buat rakan sepasukan. Beliau tahu bila masa untuk 'delay' permainan dan bila masa untuk melakukan hantaran ke jauh ke bahagian depan. Brendan pula kelihatan lebih baik dalam situasi off ball dengan rajin membuat pressure dan asakan kepada pemain lawan dan ini banyak menggangu rentak permainan lawan. Namun, pada situasi on ball, Brendan nampak masih kurang kreatif dengan kebanyakan hantarannya lebih kepada 'direct pass'. Brendan perlu lebih bijak mencari ruang untuk memberi rakan yang memegang bola lebih banyak pilihan untuk menghantar bola.

4. Sayap kiri dan kanan

Salah seorang pemain yang menunjukkan permainan yang baik pada perlawanan itu ialah Shahrul Azhar Ture, pemain sayap kanan Sabah. Banyak gerakan Sabah adalah hasil gerakan dari sebelah kanan dan salah satunya berhasil menghasilkan sepakan penalti apabila bola hantaran lintang Shahrul terkena tangan pemain lawan. Hasil gerakan Shahrul juga hampir-hampir memberi gol kedua Sabah pada separuh masa kedua menerusi hantaran lintang cantik yang gagal disudahkan oleh Leopold. Kepantasan larian Shahrul adalah senjata utama Sabah dan aset penting bagi seorang pemain sayap. Penulis berpendapat bahawa Shahrul adalah pemain yang konsisten dalam setiap perlawanan dan harus diberi keutamaan dalam kesebelasan Sabah. Malang bagi pemain influential Sabah, Sumardi Hajalan yang diletakkan di posisi sayap kiri. Sumardi yang kita tahu lebih gemar bermain bola di kawasan yang lebih terbuka iaitu di bahagian tengah dan jelas kelihatan sukar melakukan gerakan dari bahagian tepi yang lebih sempit ruangnya. Mungkinkah Justin Ganai sedar perkara ini lalu menggantikan Sumardi belumpun permainan tamat separuh masa pertama. Shahrudin Yakup yang menggantikan Sumardi dilihat bermain baik berbanding perlawanan menentang Felda yang lalu. Beberapa kali beliau berhasil melepaskan diri di bahagian tepi kanan namun sedikit mengecewakan hantaran lintangnya yang sering dibaca penjaga gol.

5. Bahagian serangan
Juffry Omopor
Gandingan Juffry dan Zainizam di bahagian serangan pada perlawanan itu adalah antara yang terbaik penulis saksikan dalam saingan Liga Super musim ini. Juffry menunjukkan permainan yang memberikan impak yang besar dalam skuad Sabah. Dengan larian yang pantas serta gerakan yang mengelirukan pemain lawan, Juffry banyak memberi masalah kepada pertahanan lawan. Namun, satu perkara yang jelas membezakan Juffry dengan pemain lain adalah pengalaman yang kurang. Faktor itulah yang membuatkan Juffry kelihatan agak gopoh di depan gawang gol. Tapi, rata-rata penonton tertarik dengan permainan Juffry dan memang agak mengejutkan Justin mengeluarkan pemain ini lebih awal. Permainan Zainizam juga adalah yang terbaik pada malam itu dan jikalau bukan kerana tercedera, penulis pasti nasib Sabah pada malam itu adalah berbeza. Dua pemain yang dimasukkan oleh Justin Ganai iaitu Bobby dan Leopold agak mengecewakan. Leopold gagal menyudahkan satu peluang terbuka di depan gawang yang menjadi satu-satunya percubaan beliau. Bobby pula terus dengan aksi longlainya dan secara totalnya, dua penyerang ini gagal memberi impak.

6. Justin Ganai

No komen. Kasi ringkas saja...mengecewakan...
Apa pula kata anda????


*Penulis adalah seorang peminat Sabahawks.
#gambar Juffry kredit kepada Sabah Football Team

2 comments:

  1. bagus komen tu,,macam pro bro..ini baru buleh jadi coach..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...