Jun 4, 2012

Highlights perlawanan suku akhir kedua Piala Presiden Sabah vs Terengganu 0-2

Highlights perlawanan suku akhir kedua Piala Presiden Sabah vs Terengganu 0-2 
Keputusan Penuh:
SABAH (0)
vs
Terengganu (2)
Asysham 83', Syed 90'

Analisis: Sabah - Terengganu
Percubaan: 18 - 5
Tepat: 9 - 4
Sasar: 9 - 1
Penguasaan bola: 55% - 45%
Kad kuning/merah: 2/0 - 2/0

Highlights perlawanan

Separuh masa pertama:
1' - Sepak mula oleh pasukan Terengganu.
4' - Pemain Terengganu membuat percubaan dari dalam kotak penalti tetapi terkeluar sedikit di sebelah kanan tiang gol.
8' - Maxsius gagal mengawal kemas bola hantaran cantik Muhd. Safar dalam kotak penalti. Bola sempat ditendang keluar pertahanan Terengganu untuk sepakan sudut.
9' - Tandukan Dendy hasil daripada sepakan sudut tinggi di atas palang.
15' - Maxsius melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi mudah ditangkap oleh penjaga gol Terengganu.
17' - Sekali lagi Maxsius mendapat ruang selepas berjaya melepasi pertahanan tetapi sepakannya tinggi di atas palang.
20' - Berpunca dari lontaran masuk, Sabri bijak memperdaya pertahanan lawan sebelum melakukan cross yang hanya sedikit tinggi untuk Zulmanshah melakukan tandukan.
28' - Zulmanshah mendapat hantaran trough pass dari tengah sebelum melarikan bola ke kawasan kotak penalti. Percubaan leret Zul berjaya dihalang penjaga gol yang pantas melakukan follow up untuk menangkap semula bola muntah.
29' - Zulmanshah berjaya mengatasi pertahanan lawan dalam perebutan bola 50-50 sebelum membuat sungkitan melepasi penjaga gol yang keluar namun bola sempat disepak keluar di atas garisan gol oleh pertahanan Terengganu.
30' - Percubaan Didie Arizal dari luar kotak penalti hasil dari sepakan sudut tinggi di atas palang.
34' - Zulmanshah melakukan sepakan separa volley hasil cross Didie sedikit terkeluar di sebelah kiri.
43' - Zackalani mendapat ruang dari sebelah kanan sebelum membuat rembatan yang berjaya ditepis penjaga gol. Follow up dari Zulmanshah tinggi di atas palang.
45+2 - Tamat separuh masa pertama. Sabah 0 - 0 Terengganu.

Separuh masa kedua:
47' - Pemain Terengganu melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun mudah diselamatkan penjaga gol Sabah.
51' - Terenganu mendapat satu lagi peluang namun rembatan pemainnya diselamatkan penjaga gol.
53' - Leopold berjaya lolos dari sebelah kiri namun hantaran lintangnya sempat ditepis penjaga gol dengan Zackalani dalam posisi yang terbaik melakukan tandukan.
55' - Leopold melakukan percubaan jauh yang tinggi di atas palang.
56' - Zackalani keluar digantikan oleh Umareng Bacok.
57' - Permainan dihentikan oleh pengadil. penjaga gol Terengganu diberi rawatan.
62' - Permainan disambung semula.
67' - Maxsius melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi sekali lagi tinggi.
71' - Kucar kacir di hadapan tiang gol Sabah namun pemain Terengganu gagal mengambil kesempatan.
74' - Zulmanshah menyambut lontaran masuk sebelum melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tersasar.
76' - Sabri melakukan hantaran lintang cantik yang sedikit melepasi Zulmanshah sebelum singgah kepada Umareng yang cuba melakukan tap-in. Walaupun kurang kemas percubaan dari Umareng, bola berjaya melepasi penjaga gol namun sekali lagi pertahanan Terengganu sempat mengeluarkan bola di atas garisan gol.
78' - Zulmanshah dikeluarkan dan digantikan oleh Eyo Mathew.
79' - Leopold mendapat ruang di sebelah kanan gol sebelum melepaskan rembatan padu yang terbias pemain lawan dan mudah diselamatkan penjaga gol.
80' - Maxsius melakukan satu percubaan cantik dari jarak 25 meter yang terkena tiang dengan penjaga gol hanya mampu memerhatikan bola tersebut.
83' GOLLL!!!! Terengganu memperoleh gol menerusi rembatan cantik Asysham dalam kotak penalti selepas berjaya melepasi seorang pertahanan Sabah. Sabah ketinggalan 0-1 kepada Terengganu.
87' Leopold melakukan percubaan didalam kotak penalti yang berjaya diselamatkan penjaga gol gantian Terengganu.
90' - GOLLL!!! Terengganu memperoleh gol kedua melalui Syed. yang berjaya lepas di sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan leret yang gagal diselamatkan Endre. Sabah 0-2 Terengganu.
90' Masa tambahan 9 minit diberikan.
90+3 - Leopold melakukan rembatan yang berjaya diselamatkan penjaga gol.
90+6 - Percubaan jauh Maxsius tidak menepati sasaran.
90+9 - Tamat perlawanan. Terengganu menang menewaskan Sabah 2-0.

-Klik iklan dibawah sebagai tanda sokongan anda kepada blog ini-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...