Jun 16, 2012

Keputusan penuh Singapore Lions XII vs Sabah 9-0 16 Jun 2012

Keputusan penuh Singapore Lions XII vs Sabah 16 Jun 2012 | Lions xii vs Sabah 9-0

Keputusan penuh perlawanan:
Singapore Lions XII (9)
Agu Casmir 19'
Hariss Harun 22', 41', 73'
Shahdan Sulaiman 63', 65
Irwan Shah 68'
Sufian Anuar 84'
Shahrul Azhar Ture g.s 89'

vs

Sabah (0)

Sabah mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah Liga Super apabila tewas kepada Lions XII 0-9 di Std Jalan Besar sebentar tadi. Lions mendahului Sabah 3-0 pada separuh masa pertama menerusi Agu Casmir di minit ke-19 dan dua gol oleh Hariss Harun diminit ke-22 dan 41.

Singapore Lions XII menambah enam gol lagi pada separuh masa kedua termasuk empat gol dalam tempoh 10 minit permainan. Shahdan Sulaiman melakar gol ke-4 dan ke-5 Lions pada minit ke 63 dan 65 sebelum Irwan Shah menambah gol ke-6 pada minit ke 68.

Hariss Harun melengkapkan hatrik beliau pada minit ke 73 untuk gol ke-7 Lions.Pemain gantian, Sufian Anuar meletakkan Lions 8 gol didepan pada minit ke 83 sebelum pemain Sabah, Shahrul Azhar Ture menambah derita pasukannya dengan jaringan sendiri di minit ke 89 untuk Lions menang besar 9-0.


Sabah line-up:
Irwan Jamil, Mafry Balang, Sumardi Hajalan, Brendan Gan, Zureindey Jumai, Hendrik Helmke, Alto Linus, Rosdin Wasli, Shahrul Azhar, Shahrudin Yakup, Zainizam Marjan

Lions XII line-up:
Hyrulnizam Juma'at, Isa Halim, Baikhakki Khaizan, Madhu Mohana, Shahdan Sulaiman, Agu Casmir, Hariss Harun, Irwan Shah, Sevki Sha'ban, Juma'at Jantan, Shakir Hamzah

Keputusan penuh: Lions XII 9-0 Sabah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...