Jun 12, 2012

Malaysia vs Singapura 2-0 12 Jun 2012 perlawanan persahabatan

Malaysia vs Singapura 2-0 12 Jun 2012 perlawanan persahabatan | Malaysia vs Singapore 12/06/2012

MALAYSIA (2)
Shakir Ali 19'
Safiq Rahim 62'

vs

SINGAPURA (0)

Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kemenangan ke atas pasukan jiran, Singapura dengan kejayaan anak-anak buah K. Rajagobal melakarkan kemenangan 2-0 di Std. Shah Alam sebentar tadi. Dua gol pada setiap babak daripada penyerang Shakir Ali dan kapten, Safiq Rahim cukup untuk pasukan negara kita menebus kekecewaan pada perlawanan pertama di Std. Jalan Besar Sabtu lalu.

Malaysia turun dengan kesebelasan yang hampir serupa dengan kesebelasan awal menentang Singapura tempoh hari dengan hanya Safee Sali yang diletakkan di bangku simpanan untuk memberi peluang kepada penyerang muda, Shakir Ali.


Shakir ternyata tidak menunggu lama untuk melakukan impak apabila melakukan jaringan pertama negara di minit ke-19 apabila bijak menanduk bola hasil hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha mengelirukan penjaga gol Singapura.


Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia lebih banyak melakukan serangan dan percubaan berbanding dengan Singapura walaupun penguasaan bola kelihatan lebih seimbang antara kedua-dua pasukan

Bersambung babak kedua, Safiq Rahim meletakkan Malaysia dua gol di depan pada minit ke-62 dengan sekali lagi menerusi sepakan percuma seperti yang dilakukan di Std. Jalan Besar tempoh hari. Rembatan cantik Safiq dari jarak kira-kira 25 meter melencong masuk di sudut sebelah kanan tiang gol Singapura untuk Malaysia mendahului 2-0.


Malang buat Singapura apabila kehilangan khidmat pemain tengah, Fahrudin Mustafic yang dilayangkan kad merah diminit ke-68 kerana melakukan kekasaran ke atas Norshahrul. Permainan sedikit tegang antara kedua-dua pasukan selepas insiden tersebut sehingga memaksi pengadil mengeluarkan beberapa kad kuning.

Walaupun memiliki kelebihan, Malaysia gagal menambah jaringan walaupun memiliki sekurang-kurangnya lima percubaan merbahaya di gawang Singapura selepas itu. Tamat permainan, Malaysia menewaskan Singapura 2-0 untuk kemenangan pertama selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2004.

Syabas buat Malaysia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...