Jun 29, 2012

Siapakah jurulatih baru Sabahawks???

Jurulatih baru Sabah FA | Bakal jurulatih Sabahawks
 
ANDAI tiada aral melintang, Sabah bakal dikendalikan jurulatih dari luar negara dalam usaha mengembalikan maruah bola sepak ‘Negeri Di Bawah Bayu’ itu.

Berdasarkan senarai terkini, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan lima orang jurulatih termasuk bekas pengendali skuad kebangsaan, Hatem Souissi.

Pengurus pasukan, Yahya Mohamed Kassim menjelaskan, perbincangan kedua-dua pihak kini memasuki fasa terakhir dengan pengumuman jurulatih baharu bakal dibuat tidak lama lagi.

“Kita memang ada menerima beberapa nama jurulatih dari luar negara, namun semuanya masih dalam proses perbincangan.

“Antara nama-nama yang tersenarai ialah Hatem Souissi yang pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Difahamkan, bekas pemain import Sabah dari Hong Kong, Tim Bredbury turut berminat membimbing SabaHawks.
“Kita juga menerima permohonan daripada Tim Bredbury dan jurulatih itu pernah bersama pasukan Sabah pada tahun 1993,” jelasnya.

Terdahulu, posisi ketua jurulatih dalam pasukan Sabah kosong selepas pengguguran Justin Ganai ekoran prestasi merosot yang dipamerkan skuad Sabahawks itu dalam kempen Liga Super.

Antara kekalahan teruk yang dialami Sabah termasuklah ketika dibelasah 9-0 oleh Lions XII dan 4-0 oleh Selangor PKNS.

Ketika ini, Sabah yang berada di kedudukan ke-12 liga, dibimbing penolong jurulatih, Andrew Majanggim.

“Mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan negeri hanya diberikan tempat selama empat minggu untuk mencari jurulatih baharu,” jelasnya.

Beliau turut menambah, Justin yang pernah tiga kali membimbing Sabah akan diberikan tanggungjawab baharu untuk mengemudi pasukan pembangunan.

Sumber berita:
Kosmo Online
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...