Jun 15, 2012

Menjelang perlawanan: Singapore Lions XII vs Sabah 16 June 2012

Singapore Lions XII vs Sabah 16 June 2012 | Singapura Lions XII vs Sabah

Sabahawks meneruskan cabaran liga super malam ini dengan menjadi tetamu kepada pasukan pendahulu liga, Singapore Lions XII di Std. Jalan Besar pada pukul 7.45 malam. Perlawanan malam ini pastinya sukar buat pasukan Sabah dengan kelebihan lebih berpihak kepada pasukan tuan rumah, Lions XII.yang bermain di hadapan penonton sendiri serta diperkuatkan dengan ramai pemain yang bermain untuk skuad kebangsaan. Di pihak Sabah pula, perlawanan malam ini akan menjadi pengalaman pertama buat para pemain bermain di atas padang rumput tiruan yang mungkin banyak memberi kesan kepada corak persembahan setiap pemain.

Sabah pada masa ini berada di kedudukan ke 11 liga selepas 17 perlawanan dengan mengutip 19 mata hasil 4 kemenangan, 7 seri dan kalah 6 kali, manakala Lions unggul di puncak liga selepas 22 perlawanan dengan mengutip 44 mata hasil 13 kemenangan, 5 seri dan kalah 4 kali.

Skuad Sabahawks malam ini akan kehilangan khidmat pertahanan kental yang juga kapten skuad, Reithuddin Ag. Emran yang menjalani penggantungan satu perlawanan. Sabah juga terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain seperti Fariss Azlan, Bobby Gonzales, Thanaraj dan Syed Adney yang mengalaim kecederaan. Juffry Omopor, Safuan Ibrahim dan Sanjos Sundawat tidak berada dalam perancangan Justin Ganai untuk pertemuan ini. Menariknya, Justin telah membawa bersama tiga pemain dari skuad junior iaitu Zulmanshah Aling, Razid Gapar dan Dendy Lowa selain Leopold Alfonso untuk perlawanan malam ini,

Dengan ketiadaan Reithuddin, Hendrik Helmke mengambil peranan sebagai kapten pasukan dan berita baik untuk Sabah, penyerang veteran, Zainizam Marjan telah pulih dari kecederaan hamstring beliau dan dijangka akan mengemudikan serangan Sabah malam ini.

Skuad Sabahawks perlawanan malam ini:
Azizon, Irwan, Rosdin, Ronny, Mafry, Sumardi, Alto, Brendan, Shahrudin, Shahrul, Radzi, Hendrik, Leopold, Zureindey, Zainizam, Zulmanshah, Razid dan Dendy.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...