Jun 29, 2012

Video gol Malaysia u22 vs Taiwan u22 4-2

Video gol Malaysia u22 vs Taiwan u22 4-2 | Malaysia vs Taiwan 4-2 goal video


Skuad bawah 22 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan kedua dalam kempen kelayakan AFC bawah 22 tahun setelah menewaskan Taiwan 4-2 di Std. Aung San, Myanmar petang kelmarin. Rozaimi Abd. Rahman sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanahair apabila menjaringkan dua gol masing-masing di minit ke 7 dan 40 untuk gol pertama dan ketiga pasukan. Gol sendiri pemain Taiwan LinChen Yen-Jui pada minit ke 32 menghadiahkan gol kedua buat pasukan negara. G. Saarvindran menyumbang gol keempat Malaysia pada minit ke 80. Dua gol pasukan Taiwan masing-masing dijaringkan oleh Chang-Lun pada minit ke 50 dan Wen Chih-Hao pada masa kecederaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...