Jul 10, 2012

Cerita admin: Misi besar di Std. Shah Alam

Baki dua perlawanan bakal menentukan 'survival' Sabahawks dalam Liga Super musim depan dengan malam ini halangan besar menanti pasukan kita di Std. Shah Alam menentang pasukan tuan rumah, Selangor. Selepas dua kekalahan berturut-turut Sabah masing-masing kepada Johor FC 2-1 dan Terengganu 1-3 menyaksikan peluang Sabah untuk sekurang-kurangnya layak ke playoff penentuan satu tempat dalam liga musim depan semakin tipis.

Selangor pula malam ini akan turun juga dengan misi besar iaitu mencari mata penuh bagi merebut slot terakhir layak dalam saingan liga AFC. Sabah pula dalam misi mencari mata penting bagi memintas pasukan Kedah di kedudukan terakhir playoff di tangga ke 12 liga. Persaingan merebut slot playoff terakhir lebih tertumpu kepada pasukan Sabah dan Kedah yang kedua-duanya ketinggalan empat mata di belakang pasukan di kedudukan 11, Felda United. Seperti Sabah, Kedah juga berdepan dengan pasukan yang sukar malam ini iaitu menentang Perak di tempat lawan. 

Bercerita tentang rekod pertemuan dua pasukan ini, nyata sekali Sabah tidak punya apa-apa yang perlu dibanggakan kecuali perlawanan terakhir kedua-dua pasukan pada pusingan pertama liga musim ini dengan Sabah berjaya mengikat Selangor 1-1 di Likas. Enam lagi pertemuan sebelum itu memihak kepada pasukan Selangor. Apapun, rekod lalu bukanlah sandaran kepada nasib pasukan Sabah malam ini kerana mungkin "faktor nasib" juga boleh menentukan keputusan 90 minit perlawanan.
 
Tanpa mahu terlalu bergantung kepada keputusan perlawanan lain, lebih penting di sini adalah, Sabah harus menang di Std. Shah Alam malam ini. Walaupun secara matematiknya Sabah belum terkeluar sekiranya kalah malam ini, namun perjuangan dalam perlawanan terakhir Sabah menentang Negeri Sembilan akan menjadi satu misi "IMPOSSIBLE". Mahu tidak mahu, kemenangan pastinya satu pilihan muktamad bagi skuad kita malam ini. Lain dari itu, Sabah sudah boleh bersiap sedia untuk memikirkan persiapan untuk Liga Perdana musim depan. 
 
Good Luck Sabah!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...