Jul 15, 2012

Final bolasepak SUKMA: Sabah menewaskan Perak 3-0 untuk raih pingat emas

Keputusan perlawanan akhir bolasepak SUKMA: Sabah vs Perak 3-0

SABAH (3)
Zulmanshah Aling 91'
Leopold Alfonso Otong 97'
Rozaimi Abd. Rahman 101'

vs

PERAK (0)


Sabah menewaskan Perak 3-0 dalam perlawanan akhir bolasepak SUKMA di Std. Darul Makmur, Kuantan untuk meraih pingat emas dalam acara ini.

Sabah yang bukan merupakan pasukan pilihan dalam perlawanan ini menunjukkan mutu permainan yang baik sejak dari sepak mula perlawanan. Gandingan Rozaimi dan Leopold di bahagian serangan nampaknya banyak memberi masalah buat pasukan lawan dengan dibantu ketenangan Sabri Sahar mengemudi bahagian tengah. Rozaimi menunjukkan taringnya di separuh masa pertama dengan melakukan dua percubaan yang menggegar palang pasukan Perak.

Bersambung babak kedua perlawanan, tidak banyak peluang yang benar-benar merbahaya di depan gawang gol diperolehi kedua-dua pasukan.

Setelah terikat 0-0 dalam 90 minit permainan, permainan diheret ke masa tambahan dengan Sabah mencipta tiga gol di separuh masa pertama masa tambahan menerusi Zulmanshah Aling 91', Leopold Alfonso 97' dan Rozaimi Abd. Rahman 101'.

Perak bertambah parah pada separuh masa kedua masa tambahan apabila seorang pemain mereka dibuang padang untuk membolehkan Sabah terus menguasai permainan sehingga perlawanan tamat dengan Sabah menang 3-0.

Kejayaan meraih pingat emas dalam acara ini adalah yang pertama sejak SUKMA diperkenalkan pada tahun 1986. 

Tahniah buat skuad bolasepak SUKMA Sabah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...