Jul 13, 2012

Rozaimi sertai Selangor

Rozaimi sertai Selangor untuk kempen Piala Malaysia

Penyerang sensasi Sabah, Rozaimi Abd. Rahman sah akan menyertai pasukan Selangor secara pinjaman untuk kempen Piala Malaysia yang akan berlangsung pada bulan depan.

Rozaimi, pemain yang menyinar di kejohanan kelayakan bawah 22 tahun AFC di Myanmar baru-baru ini mendapat perhatian daripada beberapa pasukan negeri dan kelab yang mahu mendapatkan khidmat beliau dalam kempen Piala Malaysia.

Pasukan Sabah yang tidak berjaya layak ke saingan Piala Malaysia telah memberikan lampu hijau kepada Selangor FA untuk menggunakan khidmat pemain muda ini.

Kelmarin Selangor menerusi Datuk Hamidin Amin, Setiausaha Agung Selangor FA  mengesahkan bahawa Rozaimi akan bersama dengan pasukan tersebut secara pinjaman selama 3 bulan.

"Rozaimi adalah penjaring yang hebat dan kami berharap dia akan membantu kami menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia sejak 2005", kata Hamidin kelmarin.

Rozaimi yang kini berada di Kuantan, Pahang bagi membantu Sabah untuk saingan bolasepak SUKMA.

“Memang sesuatu yang cukup membanggakan apabila dapat beraksi bersama Selangor. Saya cukup teruja untuk bermain bersama pemain lebih berpengalaman seperti Safiq Rahim. Jadi peluang yang saya ada ini akan dimanfaatkan dengan baik. Pengalaman ketika bersama skuad B-22 negara bimbingan Ong Kim Swee, akan saya gunakan membantu Selangor menjulang Piala Malaysia musim ini. Saya akan cuba bantu Selangor mara ke final Piala Malaysia. Saya mahu balas kepercayaan mereka dan buktikan pinjaman ini berbaloi,” kata Rozaimi.

#Gambar ihsan dari penyokong Selangor

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...