10 Sep 2012

Cerita Admin: Malam penentuan buat pemain-pemain Sabahawks

Tidak disambung kontrak...Gan dan Dico
Teka teki mengenai nasib pemain-pemain Sabahawks akan terjawab pada malam ini.

Memetik laporan akhbar tempatan pada hari ini (10 Sept), SAFA akan mengadakan satu mesyuarat khas bertempat di pejabat SAFA di Dewan Maksak, Likas pada pukul 8 malam untuk membincangkan kedudukan pemain-pemain musim 2012.

Kita telah sedia maklum dengan keputusan awal SAFA yang membayangkan akan menggugurkan 15 pemain dalam skuad. Dan inilah yang akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat SAFA malam ini.

Dua pemain import, Hendrik Helmke dan Brendan Gan sudah pasti tidak bersama dengan pasukan ini musim depan apabila SAFA mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka. SAFA juga dipetik dari laporan akhbar tempatan beberapa hari lepas membayangkan dua bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Abd. Kadir dan Syed Adney Syed Husin akan dilepaskan dari pasukan. Dan terbaru, dua pemain pertahanan yang menghadapi masalah kecergasan akibat kecederaan, Ronny Harun dan Fariss Azlan Mat Isa juga disebut-sebut dalam senarai penyingkiran SAFA.

Bakal tersingkir???....Fariss dan Ronny
Yang pastinya, tiga pemain dari skuad Liga Presiden, Sabri Sahar, Leopold Alfonso Otong dan Rozaimi Abd. Rahman telah pasti akan ditawarkan slot dalam pasukan musim depan oleh SAFA secara profesional. Namun, itu bukanlah mudah bagi SAFA memandang dua pemain ini, Sabri dan Rozaimi kini mendapat perhatian bukan sahaja dari pasukan 'peminjam' mereka, Kedah dan Selangor, tetapi juga pasukan-pasukan lain yang akan beraksi di Liga Super musim 2013.

Dikhabarkan juga bahawa beberapa pemain yang dipinjam oleh pasukan-pasukan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia telahpun ditawarkan kontrak oleh SAFA bagi memastikan mereka tidak kemana-mana selepas tamat tempoh pinjaman mereka. Namun, itu hanya perkhabaran. Segala-gala persoalan dan teka-teki mengenai nasib pemain-pemain kita akan terjawab malam ini.

Adakah akan ada kejutan dari SAFA malam ini??? Kita tunggu dan lihat. Sama-sama kita nantikan.

#Admin: SAFA bila mau dirombak???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...