Sep 23, 2012

Skuad Sabah benam Pilihan Keningau

Kota Kinabalu: Pasukan awal Liga Perdana negeri menewaskan Pilihan Keningau 2-1 di Stadium Kompleks Sukan Keningau pada petang Sabtu.

Pasukan negeri mendahului dua gol tanpa balas pada separuh masa pertama menerusi jaringan cantik hasil sepakan percuma diluar kotak penalti oleh Ibnu Kassim, disusuli jaringan solo dari Juffry Omopor. Pasukan tuan rumah membalas satu gol pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti.

Ia adalah perlawanan kompetitif, menurut Matasan Ahmad yang berada di sana lebih awal untuk menghimpun pasukan bersama Justin Ganai dan Johnny Dominicus.

"Ianya perlawanan 50-50 dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menang dan saya fikir ia sepatutnya lebih bagus jika kami mempunyai cukup masa untuk melatih mereka."

Difahamkan, ketua jurulatih David McCreery amat kagum dengan beberapa pemain Pilihan Keningau dan beberapa daripada mereka mungkin dipanggil untuk sesi latihan bersama pasukan.

Sumber berita:
Daily Express
*disunting semula

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...