Oct 28, 2012

Cerita Liga Malaysia 2013

Sekilas pandang format Liga Malaysia 2013

Lampu limpah
Lampu limpah stadium perlu bercahaya 1,000 lux untuk musim 2013 dan 2014 sebelum dinaikkan lagi tahap pencerahan sebanyak 200 lux lagi buat musim 2015 dan 2016.

Deposit
Liga Super - RM3 Juta setiap pasukan
Liga Perdana - RM2 juta setiap pasukan
Liga FAM - RM500 ribu setiap pasukan

Lesen jurulatih
Bagi musim 2013, penolong jurulatih mestilah mempunyai lesen "A".

Piala Malaysia
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan penyertaan 16 pasukan untuk Piala Malaysia 2013. Sepuluh (10) pasukan teratas Liga Super dan empat (4) pasukan dari Liga Premier akan layak secara automatik ke Piala Malaysia. Perlawanan playoff antara pasukan tangga ke-11 Liga Super akan berdepan dengan pasukan tangga ke-6 Liga Premier, manakala pasukan tangga ke-12 Liga Super akan bertemu dengan pasukan tangga ke-5 Liga Premier bakal mengisi dua tempat lagi.

Liga Super
Jumlah pasukan yang bertanding dalam Liga Super bagi musim 2013 adalah 12 pasukan termasuk pasukan jemputan Singapore Lions XII.

Senarai pasukan Liga Super 2013:
1 Kelantan, 2 Lions XII FC, 3 Selangor, 4 Perak, 5 Terengganu, 6 Negeri Sembilan, 7 Selangor PKNS, 8  Terenganu T-Team, 9 Johor FC, 10 Felda United FC, 11 ATM (Juara Liga Premier 2012), 12 Pahang (pemenang playoff)

Liga Perdana
Jumlah pasukan yang bertanding dalam Liga Super bagi musim 2013 adalah 12 pasukan.

Senarai pasukan Liga Perdana 2013:

1 Sarawak (kalah playoff), 2 Sabah (kalah playoff), 3 Kuala Lumpur (turun dari Liga Super), 4 Kedah (kalah playoff), 5 Sime Darby, 6 Johor, 7 PDRM, 8 PP USM, 9 POS Malaysia, 10 Harimau Muda B, 11 NS Betaria, 12 SPA FC
 #MP Muar tarik diri digantikan oleh NS Betaria yang menang playoff menentang UiTM FC.
Pemain import
Kuota pemain import kekal iaitu dua pemain begi setiap pasukan. Namun, pasukan yang layak ke Piala AFC boleh mendaftar empat pemain import.

Pemain import hendaklah bermain sekurang-kurangnya liga divisyen tiga di Eropah dan Amerika, divisyen dua untuk Afrika dan Concacaf dan divisyen satu untuk Asia dan Oceania yang akan di benarkan bermain disini.

FAM juga memutuskan untuk menghapuskan 'cooling period' bagi membolehkan pemain-pemain import yang telah dilepaskan pasukan masing-masing dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim 2013.

Pendaftaran pasukan
Tarikh akhir pendaftaran pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia musim 2013 adalah pada 23 November 2012. Jumlah pemain yang boleh didaftarkan oleh setiap pasukan adalah 18 hingga 25 pemain.

Jendela perpindahan
Jendela perpindahan pemain Liga M akan bermula pada 28 Oktober 2012 sehingga 6 Disember 2012. Jendela perpindahan pemain akan dibuka semula pada 8 hingga 22 April, 2013.

sumber info:
malaysiafootball-dimos.blogspot.com

1 comment:

  1. INFO NI TAK TEPAT. LIGA PERDANA MISALNYA MP MUAR DAN USM DAH TARIK DIRI.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...