5 Okt 2012

Keputusan henti perlawanan adalah wajar - Mohd. Joh

Mohd. Joh....presiden Cebagoo FC
GL Oh
Kota Kinabalu: Keputusan untuk menghentikan perlawanan 'persahabatan' antara pilihan Sabah dan Cebagoo FC selepas hanya 30 minit di padang bolasepak Institut INTAN Rabu lalu adalah wajar, menurut Mohd Joh Hj Wid yang merupakan presiden Cebagoo FC.

Beliau menghubungi Sukan Ekspres dan menjelaskan tindakan beliau memanggil pemain-pemainnya meninggalkan padang selepas Reithuddin Ag Emran disingkir oleh pegawai perlawanan.

"Saya difahamkan bahawa ia sepatutnya menjadi satu perlawanan untuk mengukur kemampuan pemain-pemain dari kedua-dua pasukan dan menyaksikan seorang pemain disingkir begitu awal dalam perlawanan itu, saya kira ada keperluan untuk menghentikan perlawanan bagi mengelakkan sebarang salah faham antara pemain yang boleh mendorong perkara lebih tegang".

Beliau juga mendedahkan bahawa perlawanan itu telah diatur antara beliau dan Andrew Majanggim yang pertama kali menghubunginya untuk satu perlawanan supaya pasukan negeri boleh mencuba dua pemain asing dari Nigeria yang mencuba nasib mereka disini.

"Saya memutuskan untuk menerima tawaran itu kerana ia akan menjadi satu situasi menang-menang untuk kedua-dua pasukan mencuba pemain masing-masing, jika tidak, kami tidak akan berada di sana jika kami tidak dijemput terlebih dahulu."

"Selain itu, kami lebih daripada mampu untuk memberi sokongan kepada permintaan beliau walaupun pasukan kami tidak bersedia untuk perlawanan persahabatan yang sesuai menentang pasukan negeri memandangkan kami kami baru sahaja memulakan latihan baru-baru ini."

"Saya juga terkejut bahawa David McCreery tidak dimaklumkan mengenai perlawanan itu dari awal. Setakat yang saya tahu, ia dilakukan oleh mereka secara keseluruhan selain daripada pegawai perlawanan dimana saya diminta untuk melibatkan diri."

Katanya, perlawanan itu sepatutnya telah dibatalkan jika beliau tahu gambaran keseluruhan sebelum itu.

Beliau juga mendedahkan bahawa perlawanan persahabatan rasmi sepatutnya hanya akan diadakan selepas kedua-dua pasukan telah memuktamadkan skuad mereka untuk musim depan.

Beliau menegaskan, tidak ada permusuhan antara kedua-dua pasukan.

"Saya mesti mengatakan bahawa kami adalah seperti saudara dan mari kita ketepikan isu ini dan berusaha bersama untuk mencapai matlamat masing-masing musim depan."

Sumber berita:
Harian Ekpres

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...