Oct 16, 2012

Keputusan perlawanan persahabatan Hong Kong vs Malaysia 16 Oktober 2012

Persahabatan Malaysia vs Hong Kong 16/10/12 | Harimau Malaya vs Hong Kong 16 Oct 2012 | Malaysia 3-0 Hong Kong

Venue: Stadium Mong Kok, Hong Kong.
Kick Off: 8.00 p.m

Keputusan Penuh:

Hong Kong (0)

vs

Malaysia (3)
Safee Sali 59'
Safiq Rahim 81'
A. Fakri Saarani 90+1'

Malaysia mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan pasukan tuan rumah, Hong Kong dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa sebentar tadi di Stadium Mong Kok.

Tiga gol pasukan kebangsaan dijaringkan pada separuh masa kedua selepas separuh masa pertama berakhir terikat tanpa jaringan. Penyerang, Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke 59 yang bijak melepaskan sepakan kaki kiri menewaskan penjaga gol Hong Kong hasil daripada gerakan S. Kunanlan.

Safiq Rahim yang baru dimasukkan menambah gol kedua negara menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang cantik menerjah jaring pada minit ke 81. Gol ketiga skuad kebangsaan hadir pada masa kecederaan menerusi seorang lagi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani yang mudah menampan bola muntah dari penjaga gol yang gagal menangkap kemas bola sepakan percuma Safiq Rahim.

Tamat perlawanan, Malaysia menang 3-0 ke atas Hong Kong.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...