Oct 9, 2012

Keputusan undian kumpulan kelayakan Piala Asia (AFC) 2015

Undian kumpulan pusingan kelayakan Piala Asia (AFC) 2015

Undian kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 menyaksikan pasukan kebangsaan diundi dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan pilihan, Qatar dan dua lagi pasukan dari negara timur tengah iaitu Qatar dan Yemen.

20 pasukan telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang mana setiap kumpulan akan terdiri dari empat pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan dan satu pasukan terbaik di kedudukan ketiga antara semua kumpulan akan layak ke pusingan akhir di Australia.

Empat pasukan yang telah layak ialah juara Piala Asia 2011 Jepun, tuan rumah dan naib juara Piala Asia 2011 Australia, pemenang tempat ketiga Korea Selatan, pemenang AFC Challenge Cup 2012 Korea Utara dan satu slot lagi akan diisi oleh juara AFC Challenge Cup 2014 kelak nanti.

Perlawanan kelayakan peringkat kumpulan akan bermula Februari 2013.

Undian kumpulan Piala Asia 2015:

KUMPULAN A
1. Jordan
2. Syria
3. Oman
4. Singapore

KUMPULAN B
1. Iran
2. Kuwait
3. Thailand
4. Lebanon

KUMPULAN C
1. Iraq
2. China PR
3. Arab Saudi
4. Indonesia

KUMPULAN D
1. Qatar
2. Bahrain
3. Yemen
4. MALAYSIA

KUMPULAN E

1. Uzbekistan
2. UAE
3. Vietnam
4. Hong Kong

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...