28 Nov 2012

Malaysia vs Laos Piala AFF Suzuki 2012 - 28/11/12

Keputusan penuh perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Laos 28/11/12 | Highlights dan statistik perlawanan Malaysia vs Laos 4-1

Keputusan penuh;

Malaysia (4)
Safiq Rahim 15'
Safee Sali 66' 
Wan Zack Haikal 75' 
Khyril Muhymeen 79'

vs

Laos (1)
Khonesavanh Sivahong 38'


Highlights perlawanan Malaysia vs Laos:

Kesebelasan Malaysia vs Laos:
Farizal, Mahali, Aidil, Fadhli, Azmi, Wan Zack, Shakir, Safiq, Kunanlan, Norshahrul, Safee

Separuh masa pertama:
10' - Safee mengambil peluang dari kesilapan pertahanan Laos namun percubaannya tersasar.

11' - Kunanlan berjaya lepas di sebelah kiri sebelum menghantar bola kepada Safee yang membuat sepakan lemah ke arah penjaga gol.

15' - GOL Malaysia. Safiq Rahim menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti selepas pemain Laos melakukan kekasaran ke atas Norshahrul.

27' - Safee mendapat lorongan dari Norshahrul tetapi rembatannya tersasar.

28' - Wan Zack membuat lorongan kepada Norshahrul yang bijak melepasi kawalan pertahanan lawan namun percubaanya sedikit tersasar.

32' - Safee membuat percubaan kencang dari luar kotak penalti yang sedikit terkeluar di sebelah kiri gawang.

36' - Norshahrul gagal mengawal kemas hantaran lintang Kunanlan dan mudah dikawal penjaga gol Laos.

38' - GOL Laos! Bermula dari kesilapan Safiq yang menghantar bola kepada pemain lawan, Laos melakukan serangan balas. Khounta Sivongthong melakukan rembatan yang terbias kaki Aidil sebelum bola masuk melepasi Farizal.

40' - Norshahrul sekali lagi bijak memperdayakan pertahanan lawan namun sepakannya lemah mudah diselamatkan oleh penjaga gol.

45+1 - Tamat separuh masa pertama. Malaysia 1-1 Laos.

Separuh Masa Kedua
45' - Zubir Azmi masuk menggantikan Azmi Muslim

45' - Norshahrul menanduk liar hantaran jauh Kunanlan walaupun tidak dikawal.

46' - Safee melakukan rembatan rendah yang deras dari luar kotak penalti tetapi mudah diselamatkan penjaga gol Laos.

57' - Percubaan luar kotak penalti Safiq tinggi diatas palang.

59' - Wan Zack lolos di sebelah kanan hasil umpanan Safee tetapi percubaannya tersasar walapun Norshahrul berada dalam posisi yang baik untuk menerima hantaran.

62' - Free header dari Safee di depan pintu gol hasil hantaran cantik Mahali sedikit keluar di sebelah kanan tiang gol.

66' - GOL Malaysia!!! Safee akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-2 buat negara apabila menyudahkan hantaran Wan Zack dari sebelah kanan.

75' - GOL ketiga Malaysia!!! Wan Zack menanduk masuk bola dari jarak dekat hasil hantaran lintang cantik dari Kunanlan.

77' - Khyril Muhymeen masuk menggantikan Safee.

79' - GOL keempat Malaysia!!! Khyril melakukan larian solo selepas  mendapat hantaran Safiq dari tengah sebelum melakukan penyudah dari jarak dekat.

80' - Norshahrul keluar dan digantikan Baddrol Bakhtiar.

83' - Wan Zack berjaya melepaskan diri disebelah kanan namun percubaannya berjaya diselamatkan.

90' - Percubaan di luar kotak penalti Kunanlan ditepis keluar penjaga gol.

90' + 4' - Tamat perlawanan. Malaysia menang 4-1 ke atas Laos.

Statistik perlawanan Malaysia vs Laos:

MALAYSIA
vs LAOS
4
Gol 1
55%
Penguasaan bola
45%
10
Percubaan tepat
1
7
Percubaan sasar
1
9
Sepakan sudut
1
1
Offside
0
0
Kad kuning
0
0
Kad merah
0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...