31 Dis 2012

Jadual Liga Perdana 2013 terbaru (pusingan pertama)

Jadual penuh perlawanan Liga Perdana 2013| Jadual Liga Premier Malaysia 2013

JADUAL LIGA PERDANA 2013
 PUSINGAN PERTAMA
7 JAN Masa Venue
SABAH vs KL SPA 4.15PM Std. Likas, KK
UITM vs KEDAH 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
POS MALAYSIA vs KUALA LUMPUR 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
PDRM vs NS BETARIA 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
JOHOR vs SIME DARBY 8.45PM Std MP Pasir Gudang
PERLIS vs SARAWAK 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
11 JAN

SIME DARBY vs SABAH 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
SARAWAK vs UiTM 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
KEDAH vs POS MALAYSIA 8.45PM Std Darul Aman, Alor Setar
KUALA LUMPUR vs PDRM 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
NS BETARIA vs JOHOR 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
KL SPA vs PERLIS 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
14 JAN

SABAH vs NS BETARIA 4.15PM Std. Likas, KK
PDRM vs KEDAH 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
POS MALAYSIA vs UiTM 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
PERLIS vs SIME DARBY 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
JOHOR vs KUALA LUMPUR 8.45PM Std MP Pasir Gudang
KL SPA vs SARAWAK 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
18 JAN

KUALA LUMPUR vs SABAH 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
SARAWAK vs POS MALAYSIA 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
UiTM vs PDRM 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
KEDAH vs JOHOR 8.45PM Std Darul Aman, Alor Setar
NS BETARIA vs PERLIS 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
SIME DARBY vs KL SPA 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
21 JAN

SABAH vs KEDAH 4.15PM Std. Likas, KK
JOHOR vs UiTM 8.45PM Std MP Pasir Gudang
PDRM vs POS MALAYSIA 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
KL SPA vs NS BETARIA    4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
PERLIS vs KUALA LUMPUR 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
SIME DARBY vs SARAWAK 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
15 FEB

UiTM vs SABAH 4.45PM Std UiTM, Shah Alam
SARAWAK vs PDRM 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
POS MALAYSIA vs JOHOR 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
KEDAH vs PERLIS 8.45PM Std Darul Aman, Alor Setar
KUALA LUMPUR vs KL SPA 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
NS BETARIA vs SIME DARBY 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
18 FEB

SABAH vs POS MALAYSIA 4.15PM Std. Likas, KK
KL SPA vs KEDAH 4.45PM Std UiTM, Shah Alam
PERLIS vs UiTM 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
JOHOR vs PDRM 8.45PM Std MP Pasir Gudang
SIME DARBY vs KUALA LUMPUR 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
NS BETARIA vs SARAWAK 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
22 FEB

PDRM vs SABAH 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
SARAWAK vs JOHOR 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
POS MALAYSIA vs PERLIS 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
UiTM vs KL SPA 4.45PM Std UiTM, Shah Alam
KEDAH vs SIME DARBY 8.45PM Std Darul Aman, Alor Setar
KUALA LUMPUR vs NS BETARIA 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
1 MAC

SABAH vs JOHOR 4.15PM Std. Likas, KK
NS BETARIA vs KEDAH 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
SIME DARBY vs UiTM 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
KL SPA vs POS MALAYSIA 4.45PM Std UiTM, Shah Alam
PERLIS vs PDRM 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
KUALA LUMPUR vs SARAWAK 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
8 MAC

SARAWAK vs SABAH 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
JOHOR vs PERLIS 8.45PM Std MP Pasir Gudang
PDRM vs KL SPA 4.45PM Std Hang Jebat, Melaka
POS MALAYSIA vs SIME DARBY 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
UiTM vs NS BETARIA 4.45PM Std UiTM, Shah Alam
KEDAH vs KUALA LUMPUR 8.45PM Std Darul Aman, Alor Setar
29 MAC

PERLIS vs SABAH 4.45PM Std Utama Negeri, Kangar
SARAWAK vs KEDAH 8.15PM Std Negeri Sarawak, Kuching
KUALA LUMPUR vs UiTM 4.45PM Std Bolasepak Kuala Lumpur
NS BETARIA vs POS MALAYSIA 4.45PM Std Hang Tuah, Melaka
SIME DARBY vs PDRM 4.45PM Std Majlis Perbandaran Selayang
KL SPA vs JOHOR 4.45PM Std UiTM, Shah Alam

*Jadual liga untuk pusingan kedua akan di'update' kemudian
Sumber: sports247.my

29 Dis 2012

Daytime kick off at Likas

CONTRARY to what was planned earlier, the Sabahawks may have to kick off their Malaysian League campaign under the sun on Jan 7.

Likas Stadium – the venue of home matches – is still not bright enough to play matches at night, according to the FA of Malaysia (FAM).

Sabah, who will play in the Premier League this year, will open their campaign against KL Spa Putrajaya FC.

Sabah FA secretary Alijus Sipil said the latest report from FAM stated that the stadium lights did not meet the requirements.

“It could be some wiring problem because one of the four floodlights was not functional and we were told the bulbs have been replaced.

“We are still hoping the lights can be repaired before the opener or else we just have to play in the afternoon at the same venue,” he said.

Alijus also said they could still play at night at the stadium once the lights were repaired after the opening match.

The FAM recently revealed that 15 stadiums were too dark for night matches nationwide, including Likas Stadium.

Only four met the mark – Shah Alam Stadium in Selangor, Darul Makmur Stadium (Pahang), Jalan Besar Stadium (Singapore) and State Stadium (Sarawak).

News source:
sports247.my

28 Dis 2012

Senarai pemain pasukan Kuala Lumpur 2013

Skuad penuh Kuala Lumpur 2013:

Penjaga gol: 
Azizon Abdul Kadir, Amirul Asraf Mohd Noor, Phoo Khai Lun;

Pertahanan: 
Ahmad Dashila Tajudin, Ahmad Jihad Ismail, Hishamuddin Othman, Syazwan Rani, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar, Munir Amran, Taufiq Shukor, Valdislav Palsa*

Tengah: 
Syafiq Johari, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker, Benedict Martin, J. Mughilan Kartik, Hanis Mohtar, Ar' Ra'uf Roslee, Juraj Kuhajdik*

Penyerang: 
Badrul Hisyam Azmi, S. Sivaraj, Syafwan Syahlan, Azwan Jatin, Rafef Raya.

*Menunggu rayuan

Lampu limpah Stadium Likas gagal

Stadium Likas yang merupakan venue perlawanan Liga Perdana untuk skuad Sabah musim ini adalah antara 14 stadium dalam Liga M yang tidak menepati piawaian tahap kecerahan lampu limpah. Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setiap stadium perlu mempunyai lampu limpah dengan tahap kecerahan lebih 1,000 lux jika ingin mengadakan perlawanan pada sebelah malam.

Stadium Likas
Hanya tujuh stadium sahaja yang akan mengadakan perlawanan pada sebelah malam iaitu Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu; Stadium Shah Alam; Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Stadium Darul Makmur; Stadium Negeri Sarawak; Stadium Darul Aman dan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, perlawanan sebelah petang akan berlangsung pada pukul 4.45 petang manakala perlawanan di sebelah malam pula dijalankan pada waktu biasa seperti sebelum ini iaitu 8.45 malam.

Stadium yang telah menepati piawaian dan akan mengadakan perlawanan di sebelah malam
1. Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu
2. Stadium Shah Alam
3. Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
4. Stadium Darul Makmur
5. Stadium Negeri Sarawak
6. Stadium Darul Aman
7. Stadium Jalan Besar, Singapura

Stadium yang tidak menepati piawaian dan akan mengadakan perlawanan di sebelah petang
1. Stadium Majlis Perbandaran Selayang
2. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
3. Stadium Tan Sri Hassan Yunos
4. Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
5. Stadium Hang Jebat
6. Stadium Perak
7. Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
8. Stadium Universiti Utara Malaysia, Sintok
9. Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
10. Stadium Temerloh
11. Stadium Universiti Teknologi Mara Arau
12. Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
13. Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
14. Stadium Likas, Sabah

Sumber info:
utusan.com.my

27 Dis 2012

Video: Sabah vs Selangor perlawanan persahabatan 3-0

Perlawanan persahabatan pra-musim: Sabah vs Selangor 3-0 26/12/2012



Sabah memulakan cabaran pra-musim mereka dengan kekalahan 0-3 ke atas Selangor dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Std. Shah Alam petang tadi. Selangor mendahului 2-0 di separuh masa pertama menerusi sumbangan dua gol oleh pemain tengah, Shukor Jusoh di minit ke 23 dan 28. Pemain pertahanan, Bunyamin Omar melengkapkan kemenangan Selangor menerusi jaringan penalti di minit ke 64. 

24 Dis 2012

Cerita Admin: Mana suara kami???

“The fans now are different compared to the previous era and we need to adapt to changes. What might seem to work before may not be applicable now and this is why we are gathering representatives from various fan clubs to express their voice and suggestions to FAS”
- Presiden FAS, Datu Sudarsono Osman (theborneopost)

Terjemahan:
"Peminat sekarang adalah berbeza berbanding era sebelumnya dan kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan. Apa yang mungkin kelihatan berhasil sebelum ini mungkin tidak boleh diguna pakai sekarang dan ini adalah sebab kita mengumpul wakil dari kelab peminat untuk meluahkan suara dan cadangan mereka kepada FAS."

Sangat menarik untuk kita bincangkan mengenai apa yang dikatakan oleh Presiden Sarawak FA, Datu Sudarsono Osman ketika sesi perjumpaan bersama kelab-kelab penyokong bolasepak tempatan.

Penulis sememangnya 'respect' dengan Presiden FAS ini kerana dengan 'humble'nya turun sendiri bertemu dengan wakil kelab-kelab penyokong Sarawak yang rasa-rasanya mungkin tidak akan berlaku kepada kita. Apa yang penulis faham mengenai perjumpaan ini adalah bagi mencari persetujuan bersama (FA dengan kelab penyokong) mengenai beberapa perkara terutama ke arah menyokong pasukan negeri.

Dikhabarkan perjumpaan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil dari kelab penyokong seperti Sarawak Football Fan Club (SFFC), Ultra Crocs dan beberapa kumpulan di bawah Gallore Buceros seperti Crocs Attack, S3, Sayotters dan GGM. Betapa bertuahnya kelab-kelab penyokong jiran kita ini kerana bukan sahaja dapat bersua muka dengan orang nombor satu dalam skuad negeri malah dapat berkongsi pendapat ke arah kejayaan pasukan. Ini adalah satu penghargaan yang besar buat kelab-kelab penyokong kerana sumbangan, peranan dan suara mereka juga mendapat perhatian dari pihak persatuan.

Kita disini pastinya tersangat-sangat cemburu dengan perkembangan yang berlaku di luar sana. Baru-baru ini majlis pengenalan pemain yang dianjurkan oleh SAFA lebih dilihat kepada sesi pertemuan antara pemain dengan Presiden SAFA. Dan kita tertunggu-tunggu bilakah sesi untuk peminat dan penyokong bertemu dengan para pemain. Penulis ada mendengar khabar angin mengatakan mungkin sesi bertemu peminat akan diadakan selepas skuad selesai dengan perlawanan pra-musim mereka. Walaupun belum pasti, kita tetap optimis yang SAFA ada rancangan untuk kita sebagai peminat dan penyokong selepas ini.

Dua isu yang menarik untuk kita bincangkan bersama disini. Pertama, adakah kita mempunyai persatuan atau kelab penyokong yang benar-benar 'mampu dan layak' untuk dijadikan sebagai platform kepada peminat dan penyokong bersuara. Sebenarnya kita ada kelab penyokong 'rasmi' dan penulis tidak perlu sebut kerana anda sendiri tahu kewujudannya. Namun, agak malang sekali kerana di kelab tersebut kini dilihat seolah-olah 'terbengkalai' dan tidak keterlaluan kiranya penulis mengatakan kelab 'rasmi' ini bukan mewakili suara penyokong 100%. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang penulis katakan disini, namun inilah apa yang penulis lihat dan mungkin juga yang anda lihat.

Penulis melihat kemunculan beberapa kelab dan kumpulan penyokong 'underground' yang bergerak aktif menerusi laman sosial sebagai perkembangan yang sangat-sangat menarik. Malah, kita juga ada ultras penyokong yang penulis rasakan memiliki suara yang paling 'lantang'. Dan terima kasih buat North Borneo Ultras yang menjadikan suasana bolasepak kita meriah dan sensasi. Anda mungkin ingat bagaimana mereka bergabung dengan beberapa kelab penyokong underground yang lain 'mengertak' SAFA di Stadium Likas selepas insiden hitam 9-0 yang lalu. Inilah pertama kali penulis melihat dengan mata sendiri kebangkitan paling berani dari penyokong kita. Ini sebenarnya baik untuk bolasepak kita namun caranya mungkin sedikit 'cacat'. Adalah lebih baik kiranya SAFA ikut cara yang dilakukan oleh FAS. Sangat mudah, bukan?

Isu kedua yang penulis kemukakan disini ialah mengenai kesediaan pihak SAFA untuk turun padang mendengar luahan dan cadangan dari wakil kelab penyokong. Tapi isu ini penulis tidak akan ulas kerana jawapannya ada pada pihak SAFA sendiri. Di pihak penyokong,  jika ia benar terjadi seperti yang dilakukan FAS, maka ianya adalah satu pengiktirafan yang besar buat penyokong.

Realitinya, 'kuasa penyokong' yang ada pada kita masih setapak dibelakang berbanding kelab-kelab penyokong lain di negara kita. Masih banyak perkara yang perlu kita pelajari. Buat SAFA, jangan pandang sebelah mata sahaja pada kelab-kelab penyokong kerana mereka juga adalah sebahagian dari bolasepak negeri kita. Hargailah peranan, sumbangan dan pergorbanan yang telah dicurah selama ini.
Sabah selamanya!!!!!

21 Dis 2012

Skuad senior Sabah benam pasukan Piala Presiden

Kota Kinabalu: Pasukan berwajah baru Liga-M Sabah mengadakan perlawanan pertama pra-musim menentang skuad Piala Presiden di Stadium UMS pada malam Rabu lepas.

Semua pemain kecuali Rhys David Weston dan Julamri Muhamad yang mengalami kecederaan ringan diberi peluang bermain dalam tiga babak melibatkan 30 minit setiap babak dan mereka pulang dengan kemenangan 3-0.

Koh Traore beraksi dalam dua babak pertama dan berjaya menyumbat satu gol pada babak kedua dari jarak dekat sebelum pemain import tempatan baru, Khairul Izuan menambah satu lagi menerusi tampanan mudah juga di babak kedua.

Penyerang lincah, Juffry Omopor melengkapkan jaringan melalui gerakan individu yang cantik pada babak ketiga.

Naib Presiden I, Datuk Yusof Kasim, pengurus pasukan Alijus Sipil dan Yahya Kasim turut hadir menyaksikan perlawanan itu.

Prestasi pada malam itu memberikan gambaran tentang apa yang diharapkan daripada pasukan dengan beberapa pemain baru dilihat menunjukkan teknikal yang baik, namun mereka mereka memerlukan lebih banyak perlawanan untuk lebih serasi sebagai satu pasukan jika mahu membuka tirai liga dengan cemerlang.

Pasukan Piala Presiden yang diketuai gandingan pertahanan, Didie Arizal Ibrahim dan Dendy Lowa yang juga berlatih bersama skuad senior tidak memberi ruang kepada barisan serangan skuad baru senior pada babak pertama. Penyerang senior hanya mampu melakukan percubaan jauh yang berjaya dinafikan oleh Endre S Tipay.

Seorang lagi pelatih skuad senior, Zulmanshah Aling juga beraksi baik untuk skuad junior dan dia memainkan peranan penting dalam mengatur beberapa serangan balas yang memaksa pasukan senior beberapa kali berkampung di tempat sendiri.

Jurulatih David McCreery berkata selepas perlawanan, beliau secara  keseluruhannya gembira dengan persembahan pemainnya.

Beliau berkata, ia adalah perlawanan pertama untuk pasukan diatas padang yang sesuai dan sudah tentu masih ada ruang untuk diperbaiki.

Beliau mengakui bahawa lebih banyak perlawanan diperlukan bagi memperkemaskan lagi pasukan sebelum musim bermula 7 Januari ini.

Sementara itu, walaupun dengan prestasi positif dari pemain-pemain junior, jurulatih Justin Ganai bersama pembantunya, Burhan Ajui perlu mencari pengganti dikalangan pemainnya untuk mengisi tempat Dendy, Didie dan Zulmanshah yang dilihat akan lebih banyak bersama skuad senior di musim baru.

Tetapi mereka mampu bermain baik dalam perlawanan tersebut memandangkan mereka mempunyai penyerang yang bagus seperti Eyo Mathew dan Umareng Bacok dari skuad musim lalu dan pemain baru, Rexjeson Piturus yang dilihat tajam dihadapan.

Sumber berita:
Harian Ekspres

19 Dis 2012

Stadium Likas gelanggang Sabahawks 2013

KOTA KINABALU: Alijus Hj Sipil melihat Kedah, Johor, Sarawak dan KL Sime Darby sebagai pesaing utama mereka dalam cabaran Liga Perdana 2013.

Walaupun tidak mahu memandang rendah pasukan lain, pengurus sementara pasukan Sabahawks yang baru dilantik itu berkata, empat pasukan tersebut akan menjadi antara pasukan tumpuan apabila musim baru bermula pada 7 Januari, 2013.

Alijus, yang juga Ketua Setiausaha FA Sabah, berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan pemain di sebuah hotel terkemuka semalam.

Selain Sabah dan empat pasukan itu, lain-lain pasukan dalam Liga Perdana 2013 adalah KL SPA Putra Jaya, NS Betaria FC, UiTM FC, Kuala Lumpur, KL Pos Malaysia FC, Polis dan Perlis.

Sabahawks akan memulakan cabaran mereka dengan menentang juara Liga FAM 2012, KL SPA Putrajaya FC di laman sendiri (Jan 7).

Dalam perkembangan berkaitan, Alijus berkata bahawa mereka telah menamakan Stadium Likas sebagai gelanggang rumah mereka.

Beliau berkata bahawa walaupun Stadium menghadapi sedikit pembaikan, mereka yakin ianya akan siap untuk perlawanan pembukaan.

"Kami telah bercakap dengan pengurusan stadium, dan kami diyakinkan bahawa ia akan sedia untuk perlawanan tempat sendiri pertama kami," kata Alijus.

Menurut beliau, selain Stadium Likas, mereka juga telah menamakan Stadium Mini Tawau sebagai pilihan kedua mereka. Beliau kemudian mendedahkan bahawa yang menjadi tanda tanya sekarang ialah, sama ada Sabah akan bermain perlawanan di tempat sendiri pada waktu malam atau  petang.

"Jika kita mencapai standard yang dikeluarkan oleh FAM, yang menyatakan bahawa kecerahan semua lampu limpah di stadium mesti pada minimum 1000 lux, maka kita akan akan bermain perlawanan kita di waktu malam, tapi jika tidak, kita akan bermain di waktu petang , "kata Alijus, sambil menambah bahawa pemeriksaan akan diadakan malam ini (malam tadi).

Diterjemah dari sumber asal:
New Sabah Times

Sabah idam satu piala

Musa bersalaman dengan pemain Sabah dalam majlis pengenalan pemain
“SAYA mahu satu piala musim depan.”Ringkas tetapi penuh bermakna amanat dan harapan yang dilontarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kepada para pemain Sabahawks dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Tidak mahu ia dijadikan sebagai omongan kosong, Musa mendesak agar pemain-pemain baharu yang dipilih bagi mewakili pasukan tersebut mempamerkan persembahan terbaik dengan semangat berpasukan, jujur dan amanah bagi mengembalikan kegemilangannya sebagai antara pasukan disegani.

Ujarnya, ia penting bagi mendapatkan semula sokongan ribuan penyokong tempatan yang sentiasa berada di sisi mereka biarpun akan beraksi pada Liga Premier nanti.

“Secara jujurnya, memang saya akui agak terkilan terutama apabila pasukan yang disayangi ini bakal bermain di Liga Premier dan bukan lagi Liga Super.

“Namun, bagi saya kedua-dua liga ini mempunyai persaingannya tersendiri dan memenangi sekurang-kurangnya satu piala mampu mengubati luka pada musim ini," katanya ketika berucap pada majlis suai kenal pemain skuad Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Pada majlis tersebut, hampir 60 peratus muka-muka baharu diperkenalkan bagi memperkuatkan pasukan Negeri Di Bawah Bayu dengan lapan pemain import tempatan dan empat daripadanya adalah bintang kelab T-Team diketuai bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Syamsuri Mustafa.

Tiga lagi bekas pemain T-Team yang menyertai Sabah termasuk Khairul Izwan Khalid, Shahril Faizal Sharifuddin dan Wan Mohd. Aliff Wan Jasmin.

Selain itu, Mohd. Hafizulldin Mohd. Noor daripada pasukan KL Pos, Mohd. Fazilidin Khalid (Selangor), Shahril Shaari (Harimau Muda) dan bekas pemain Pahang, Wan Azwari Wan Noor.

Bagi memastikan misi satu piala tersebut tercapai, Sabah juga mempertaruhkan dua pemain import dari luar negara iaitu penyerang antarabangsa Mali, Koh Troare selain pertahanan dari Wales, Rhys David Weston.

16 pemain tempatan dikekalkan terdiri daripada Irwan Jamil, Rosdin Wasli, Alto Linus, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan, Julamri Muhammad, Shahrudin Radzi, Zainizam Marjan dan Juffery Omopor.

Dalam majlis tersebut juga, pasukan Sabahawks turut mendapat tajaan pakaian daripada syarikat sukan, Grace One Sdn. Bhd.

Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkata, para pemain juga dituntut mengambil semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Kelantan yang berjaya mempertahankan ketiga-tiga piala yang dimenangi mereka sebelum ini.

Tambahnya, beliau mahu bukan sahaja pihak pengurusan malahan setiap pemain meletakkan sasaran untuk kembali semula ke kancah Liga Super pada musim 2014.

“Sehubungan itu, saya mahu para pemain bersih dari segi pemikiran dan komited terhadap setiap perlawanan yang diharungi.

“Kamu (para pemain) juga harus mengikis istilah menjual permainan kerana saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak segera dan mengenakan tindakan displin sekiranya berjaya menghidu kegiatan tidak bermoral ini," tegasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery berkata, bagi memantapkan lagi pasukan tersebut beberapa siri perlawanan akan diadakan dengan pasukan Selangor, T-Team dan Polis Diraja Malaysia pada 26, 27 dan 28 Disember sebelum menguji skuadnya bersama kelab bola sepak dari Filipina pada awal Januari.

“Kita berharap pemain akan menunjukkan aksi yang lebih baik dan fokus pada setiap perlawanan serta bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi impian Presiden Safa,” katanya.

Sumber gambar dan berita:
Kosmo Online

Sabahawks berwajah baru

Musa (dua dari kanan) melancarkan jersi baru Sabah untuk saingan Liga M musim depan yang ditaja oleh Grace One.
Kota Kinabalu: Skuad Sabah bakal tampil berwajah baru bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2013 dengan menyenaraikan beberapa muka baru termasuk lapan pemain dari Semenanjung dalam misi untuk kembali ke saingan elit - Liga Super 2014.

Selain itu, pasukan diberi jolokan Sabahawks turut menampilkan dua pemain import baru, Rhys David Weston (England) dan Koh Traore (Burkina Faso) yang masing-masing beraksi di posisi pertahanan dan penyerang.

Dalam Majlis Suai Kenal Pemain Sabah 2013 semalam, turut diperkenalkan ialah jurulatih import dari Ireland Utara, David McCreery yang pernah beraksi bersama Manchester United, Queens Park Rangers (QPR) dan Newcastle United sekitar 1970-an hingga 1980-an.

Pemain baru dari Semenanjung ialah Mohamad Syamsuri Mustaffa, Shahril Sa'ari dan Wan Mohd Aliff Wan Jasmi (T-Team), Mohd Hafizulldin Mohd Noor, Khairul Izwan Khalid, Wan Azwari Wan Nor dan Shahril Faizal Shariffuddin (Pahang) serta Mohd Fazilidin Khalid (Selangor).

Amaran Musa

Antara pemain musim lalu yang dikekalkan ialah Rosdin Wasli (kapten), Sumardi Hajalan, Zainizam Marjan, Juprey Omopor, Alto Linus dan Shahrudin Yakup, manakala Muhammad Ibnu Kassim, Mohd Farid Saibun dan Hardy Charles Parsi adalah tiga pemain tempatan baru yang diserapkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman, memberi amaran tegas menyingkirkan pemain yang tidak setia dan mengkhianati pasukan dalam usaha mendisiplinkan pemain seterusnya membawa pasukan kembali ke Liga Super 2014.

“Pemain mesti sentiasa menjaga maruah seterusnya mengelak daripada terjebak dengan tindakan ‘tidak sihat’. Bagi saya, jika didapati ada pemain terbabit dengan gejala ini, tindakan tegas seperti disingkirkan dari pasukan mungkin dilaksanakan,” katanya.

Sumber gambar dan berita:
bharian.com.my

18 Dis 2012

Senarai penuh pemain Cebagoo FC musim 2013

Senarai pemain dan pegawai Cebagoo FC Liga FAM 2013 | Skuad penuh Cebagoo FC 2013

Cebagoo FC Liga FAM 2013
Presiden: Mohd. Joh Wid
Pengurus: Mohd Ishak Datuk Ayub
Penolong pengurus: Asri Abd Mali
Ketua jurulatih: Razali Mohd Zinin
Penolong jurulatih: Jelius Ating
Jurulatih kecergasan: Hassan Madisah
Fisioterapi: Eszico Joseph
Keselamatan: Jais Damin
Kitman: Jamal Damin
Setiausaha pasukan: Rosmat Apiu
Penolong setiausaha: Mohidin Zainal
Pegawai media: Mino Erysah Arshad

Senarai pemain:
Abdul Thaufiq Abdul Haq, Adnan Arman, Ag. Mohd Nazree Yusop Al Tadzri Ahmad Razif, Budi Amri, Dediwan Soni Dominikus, Faez Akmal Jeffery, Faisal Aldin, Flintstonson Buiyinu, Gerd Smith Chin Chiu, Hafiz Aldin, Karim Damin, Mohd Nazrien Sani, Mohd Arif Awang, Mohd Azhar Sabih, Mohd Firdaus Shamsuddin, Mohd Nazmer Stuh, Mohd Nizam Jefferi, Mohd Shapawi Maiddin, Mohd Sifihi Yusof, Norsiwandy Jaffery, Nur Syahri Saili, Radiman Damit, Rainol Masaat, Romeyrio Gascoinge Tony, Shabri Amberen, Shairul Boidi, Sukree Jamlih, Vun Kit Ming @ Billyton, Zain Ambarog, Zainal Hassan, Zulfikri Jemai dan Mohd Arfiyansah Abd. Jafar.

Sumber gambar: page Cebagoo FC
Sumber info: Daily Express

13 Dis 2012

Nike Match Report: Thailand 2–0 Malaysia

The Tigers of Malaysia fail to show their claws as they lose Fadhli Shas to a harsh red card and crash to a tame 2-0 defeat against Thailand in the Suzuki Cup semi-finals

From the opening minute of the game the home team dominated possession, playing some beautiful passing football despite the poor condition of the sodden pitch.  In the fourth minute the War Elephants were almost gifted the lead as Aidil Zafuan dallied on the edge of his own area, Jakkapan Pornsai stole in and looked to be through on goal however Farizal Marlias came out quickly to sprawl at the feet of the forward and reclaim the ball.

Despite being able to keep danger man Teerasil Dangda quiet, the Malayan Tigers were unable to have any of the play in the middle of the park with Datsakorn Thonglao pulling the strings for the home team.  It was he who created the halves best chance in the 30th minute when his fine through ball found Dangda, but with the goal at his mercy he fired wired from 18 yards when he really should have scored.

Jadual penuh perlawanan Liga Perdana 2013 pasukan Sabah FA

Jadual penuh perlawanan Liga Perdana 2013 pasukan Sabah FA | Malaysia Premier League 2013 fixtures

Updated - 16 Jan 2013
Pusingan Pertama
No Tarikh Home

Away
Venue
1
07-01-13
Sabah
vs KL SPA FC Std. Likas
2
11-01-13
Sime Darby FC
vs Sabah Std. MPS
3
14-01-13
Sabah
vs NS Betaria FC Std. Likas
4
18-01-13
Kuala Lumpur
vs Sabah Std. KLFA
5
21-01-13
Sabah
vs Kedah Std. Likas
6
15-02-13
UiTM FC
vs Sabah Std. UiTM
7
18-02-13
Sabah
vs KL Pos
Std. Likas
8
22-02-13
PDRM
vs Sabah
Std. Hang Jebat
9
01-03-13
Sabah
vs Johor
Std. Likas
10
08-03-13
Sarawak
vs Sabah
Std. Sarawak
11
29-03-13
Perlis
vs Sabah
Std. Mini UUM
Pusingan Kedua
12
12-04-13
Sabah
vs
Perlis
Std. Likas
13
19-04-13
KL SPA FC
vs
Sabah Std. MPS
14
26-04-13
Sabah vs
Sime Darby FC
Std. Likas
15
03-05-13
NS Betaria FC
vs
Sabah Std. Mini Tampin
16
06-05-13
Sabah vs
Kuala Lumpur
Std. Likas
17
10-05-13
Kedah
vs
Sabah Std. Darulaman
18
13-05-13
Sabah vs
UiTM FC
Std. Likas
19
17-05-13
KL Pos
vs
Sabah Std. MPS
20
21-06-13
Sabah vs
PDRM
Std. Likas
21
24-06-13
Johor
vs
Sabah Std. Pasir Gudang
22
05-07-13
Sabah vs
Sarawak
Std. Likas

Sabahawks kick off League campaign against Putrajaya FC

KOTA KINABALU: Sabahawks will kick off their 2013 campaign against Premier League new-boys KL SPA Putrajaya FC on January 7 in a home tie.

The look-easy opener will be followed by five matches in a busy January for the Sabahawks.

They would take on Sime Darby FC in their first away tie on January 11, followed by a home game against NS Betaria FC (January 14), away to UiTM FC (January 18) before taking on Kedah in what is likely to be their biggest home tie on January 21.

After the five league matches, Sabahawks will switch their focus to the FA Cup when they would begin their challenge by taking on Super League outfit Felda United FC on January 25. The return leg tie has been set for February 26.

After the FA Cup clash, the League is scheduled to take a 20-day break before Sabahawks resume their challenge by playing away to Kuala Lumpur on February 15. Three days later they are home to KL Pos Malaysia before travelling to Johor on February 22.

There will be three games in March for the Sabahawks.

They take on Police on March 1 at home before playing away to Sarawak on March 8.

After the Borneo Derby clash, the League is taking another break (21 days) before Sabahawks resume their challenge by playing away to Perlis on March 29, which will be the conclusion of the first round.

Sabahawks resume their second round campaign against the same side on April 12 at home before playing away to KL SPA Putrajaya FC on April 19.

This will be followed by a tie against KL Sime Darby on April 26.

It will be another busy month for Sabahawks in May as five matches await them.

The first one would be an away tie to NS Betaria (May 3) followed by the home clash against UiTM FC (May 6), Kedah (away – May 10), Kuala Lumpur (home – May 13) and KL Pos Malaysia (17).

Sabahawks would complete their remaining three challenges by taking Johor (home – June 21), Police (away – June 24) and Sarawak (July 5).

News source:
New Sabah Times

12 Dis 2012

Skuad Piala Presiden mulakan latihan

Justin Ganai
Kota Kinabalu: Skuad Piala Presiden 2013 negeri  memulakan hari pertama latihan mereka di Kompleks Sukan Likas pada Selasa.

Hanya 24 pemain hadir untuk sesi tersebut, yang telah dikendalikan oleh Justin Ganai dan dibantu oleh Burhan Ajui. Beberapa pemain lain dari luar masih belum melaporkan diri untuk latihan.

Turut hadir adalah empat pemain diterajui oleh kapten musim lalu, Didie Arizal Ibrahim, Dendy Lowa, Zulmanshah Aling dan Endre S Tipay, yang juga berlatih dengan pasukan dibawah kendalian David McCreery pada masa ini.

Para pemain telah diberikan sesi berlari di sebelah pagi di trek jogging sebelum sesi latihan bola pada waktu petang di padang 'B'.

Justin menghabiskan hampir sejam menghalusi teknik bermain bola dan mengingatkan mereka pentingnya menguasai kemahiran asas dalam situasi perlawanan sebenar sebelum mereka telah diberikan satu jam untuk sesi perlawanan.

Sementara itu, pasukan musim depan akan diuruskan sekali lagi oleh Datuk Juil Nuatim yang telah menerajui pasukan ini ke peringkat suku akhir dalam dua musim lalu.

Dengan purata usia 19, pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik musim lalu dengan menduduki tempat teratas dalam liga Kumpulan A yang mana mereka mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan hanya mengalami satu kekalahan di tempat lawan.


Jurulatih Johnny Dominicus juga menunjukkan kerja yang cemerlang dengan bantuan penolongnya, Matasan Ahmad dan jurulatih penjaga gol, Awal Taham yang telah menerajui para pemain memenangi pingat emas Sukma dengan mengalahkan juara Piala Presiden 2012, Perak di perlawanan akhir.

Juil yang juga berada di tempat latihan pada Selasa memberitahu Sukan Express bahawa ia masih terlalu awal untuk meramalkan peluang pasukan itu tahun ini.

"Sesi latihan ini hanya bermula dan kita masih belum memuktamadkan barisan tetapi saya pasti kita akan kehilangan Maxsius Musa, salah satu bintang skuad musim lepas yang telah direkrut oleh pasukan Harimau Muda B."

Persaingan Piala Presiden akan bermula pada 31 Jan tahun depan namun jadual penuh liga belum dikeluarkan.

Sumber berita:
Daily Express - 12/12/12
Diterjemah oleh Sabahawkians

10 Dis 2012

Keputusan undian Piala FA 2013 pusingan pertama

Keputusan undian Piala FA 2013 pusingan pertama | Jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA Malaysia 2013

Undian Piala FA bagi musim 2013

Venue perlawanan pusingan pertama akan ditentukan kemudian oleh Jawatankuasa Pertandingan. Dua pasukan finalist Piala FA tahun lalu, Kelantan FA dan Sime Darby FC akan mendapat bye di pusingan pertama. Pusingan pertama dan kedua akan melibatkan perlawanan secara kalah mati  manakala perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan diadakan secara timbal balik (home-away).

Tarikh perlawanan Piala FA
Pusingan pertama - 25 Jan 2013
Pusingan kedua - 26 Feb 2013
Suku Akhir (1st leg) - 6 April 2013
Suku Akhir (2nd leg) - 16 April 2013
Separuh Akhir (1st leg) - 25 Mei 2013
Separuh Akhir (2nd leg) - 28 Mei 2013
Akhir - 26 Jun 2013

Jadual lengkap pusingan pertama Piala FA 2013:


Undian sebelah kiri:
Selangor PKNS vs Lions XII
Sarawak vs Melaka
Preach Khan Reach vs PBAPP FC
Kuala Lumpur vs KL Pos Malaysia FC
UiTM FC vs Negeri Sembilan
PDRM vs Pulau Pinang
KL SPA FC vs Terengganu

Undian sebelah kanan:
Kedah vs NS Betaria FC
Johor Darul Takzim vs Perak
SABAH vs KL FELDA UNITED FC
Selangor vs ATM
Johor vs Pahang
Pahang Kuantan Port vs Tentera Darat
PBDKT T-Team vs Perlis

Jadual undian pusingan pertama Piala FA 2013


Sumber info dan gambar jadual:
Page LigaFAM

9 Dis 2012

Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012

Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 | Keputusan penuh, highlights dan analisis perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand 9/12/12

Analisis dan Highlights perlawanan Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki 2012
PIALA AFF SUZUKI 2012
SEPARUH AKHIR PERTAMA
9 Dis 2012
Std. Nasinal Bukit Jalil
8.00 Malam
MALAYSIA
1 - 1
THAILAND
1
Norshahrul Idlan Talaha 48'
Keputusan (Penjaring)
1
Teerasil Dangda 79'
44 % Penguasaan bola
56
7(3/4) Percubaan (tepat/sasar)
10(4/6)
6 Sepakan sudut
4
2 Offside
0
1 Kad kuning
3
0 Kad merah
0
10 Kekasaran
12
Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Aidil Zafuan, Bunyamin  Omar (85' Zubir Azmi), Safiq Rahim, Azamiddin Akil, Amar Rohidan (74' Safee Sali), Gary Steven Robbat, Baddrol Bakhtiar (74' Kunanlan), Norshahrul Idlan Talaha Kesebelasan
Kawin, Piyaphon,Panupong, Chonlatit, Theerathon (45' Soleb), Adul (58' Apippo), Pichitpong, Datsakorn (75' Kirati), Jakkapan, Anucha, Teerasil

Tuan rumah, Malaysia berjaya diikat oleh pasukan pelawat, Thailand dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Std. Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 48 sebelum Teerasil Dangda menyamakan kedudukan buat pasukan Thailand pada minit ke-79.

Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan pasukan negara menampilkan corak permainan agresif yang memberi tekanan kepada pihak lawan untuk melakukan gerakan. Namun, kesilapan benteng pertahanan Malaysia hampir dihukum oleh pemain Thailand, Adul Lahsoh pada minit ke 11 yang melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti yang sempat ditepis keluarFarizal.

Peluang terbaik negara hadir pada minit ke 19 menerusi hantaran jauh Bunyamin Omar kepada Azamuddin yang gagal melakukan penyudah di depan gawang Thailand. Kapten negara, Safiq dua kali mengancam gawang Thailand dengan sepakan sudutnya pada minit ke 32 tertampan pertahanan lawan sebelum terkena tiang dan seminit kemudian sepakan percuma beliau ditepis keluar penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. 

Sejurus babak kedua bermula, Norshahrul Idlan Talaha menceriakan kem Malaysia apabila menanduk masuk bola hasil hantaran lintang cantik dari bek negara, Mahali Jasuli yang berjaya melepasi pertahanan di sebelah kanan di minit ke 48. Selepas jaringan itu, permainan bertukar kepada penguasaan pasukan pelawat dengan beberapa percubaan merbahaya di depan pintu gol Malaysia.

Asakan Thailand akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda bijak memperdaya Farizal menerusi tandukan ke sudut gawang gol di minit ke 79.

Pasukan negara berpeluang untuk menambah jaringan pada hujung permainan menerusi pemain gantian Safee Sali namun tandukan dari jarak dekat hasil lambungan jauh Zubir Azmi sempat ditampan penjaga gol Thailand.

Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan dilangsungkan pada 13 Disember ini di Bangkok.

7 Dis 2012

Senarai pemain Piala Presiden Sabah musim 2013

Senarai pemain skuad Piala Presiden | Liga Simpanan Sabah musim 2013 | Bawah 21 tahun Sabah

Pemain yang dikekalkan dari musim lalu:
1. Endre S Tipay*
2. Dendy Lowa*
3. Robson Rendy Rining
4. Mohd Nazrin Ramli
5. Umareng Bacok
6. Sabri Sahar**
7. Fread Filemon Saih
8. Zul Mansshah Aling*
9. Eyo Mathew
10. Didie Arizal Ibrahim*

Pemain baru:
11. Shazree Ruhif Ismail.
12. Frinly Mosiong
13. Jenius Karib
14. Benerlys Raim
15. Dyrrance Junaidih
16. Rawilson Batul
17. Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli
18. Hafizan Jahar
19. Anwari Mohd Tajuddin
20. Hafizal Jinik
21. Jenryanus Paulus
22. Ag Ku Mohd Hamizan Ag Ku Hamzah
23. Gerald Sean Mojikon
24. Rexjeson Pitrus
25. Mohd Alfian Jamil

Pemain simpanan (standby):
1. Adnan Arman
2. Abdul Adlin
3. Mohd Kamal Akid Bahari
4. Dinison Mathew
5. Awang Ku Mohd Hamirulizam

* Berlatih bersama skuad senior.
** Bermain untuk skuad senior

Pemain skuad Piala Presiden musim 2012, Maxsius Musa akan bermain untuk Harimau Muda B yang akan bersaing di Liga Singapura.

Koh Traore taruhan besar Sabah FA musim 2013

Koh Traore pemain import penyerang Sabah musim 2013

Penyerang import Sabah 2013....Koh Traore

Penantian seluruh peminat tempatan untuk mengetahui pemain import kedua Sabah yang akan diikat oleh SAFA telah terjawab. Pemain kelahiran Burkina Faso yang juga memiliki kerakyatan Mali, Koh Traore melengkapkan kuota dua pemain import asing selepas kita mendapat khidmat bekas pemain akademi bolasepak Arsenal yang juga pemain antarabangsa Wales, Rhys David Weston.

Koh Traore, siapakah pemain ini??? Persoalan yang mungkin menjadi bahan cerita di kalangan peminat tempatan termasuk penulis sendiri. Mungkin ramai yang teruja untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pemain ini sebagai gambaran awal kita tentang kemampuan dan kualiti yang ada pemain ini. Penulis berkesempatan melakukan carian di web dan mendapat sedikit maklumat yang mungkin cukup sebagai gambaran awal tentang pemain ini. Kita lihat dulu biodata ringkas pemain ini:


Nama: Koh Traore
Asal: Burkina Faso
Kerakyatan: Burkina Faso dan Mali
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1989
Umur: 23 tahun
Tinggi: 1.83m

Berat: 78 kg
Posisi: Penyerang
Kelab terakhir: WA Tlemcen (Ligue 1- Algeria)


Berikutnya, ini adalah info ringkas yang penulis termampu untuk 'google' mengenai Koh Traore.

- Bermain untuk kelab di tempat kelahirannya Etolie Filante dalam liga Burkina Faso sebelum ke Algeria.
- Berhijrah ke Ligue 1 Algeria dan mencuba nasib di kelab WA Tlemcen. Traore membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan dengan melakukan hatrik menentang USM Alger.
- Beliau melakukan kejutan dengan tidak menandatangani kontrak bersama kelab WA Tlemcen sebaliknya ke kelab yang lebih besar, ES Setif (musim 2010/2011) yang menawarkan gaji 8000 Dollar sebulan dan 18 bulan kontrak berbanding 6000 Dollar yang ditawarkan oleh WA Tlemcen. Sebagai rekod ES Setif adalah juara liga Algeria musim 2011-12.
- Perpindahan beliau ke ES Setif membabitkan nilai 25,000 euro.
- Melakukan 3 penampilan bersama kelab ES Setif dan menjaringkan1 gol dalam Ligue 1 Algeria sebelum dilepaskan kelab tersebut. Difahamkan, Koh menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan yang bukan membabitkan perlawanan Ligue 1.
- Kembali ke kelab WA Tlemcen walaupun dianggap 'pengkhianat' oleh peminat kelab tersebut.
- Melakukan debut pertama bersama kelab tersebut pada 10/9/11 menentang AS Khroub dan menjaringkan satu gol untuk membantu kelab beliau menang 2-1.
- Melakukan 9 penampilan bersama WA Tlemcen dalam Ligue 1 Algeria dan hanya menjaringkan  1 gol.
- Dilepaskan oleh kelab di pertengahan musim liga 2011/2012 dan aksi terakhir beliau adalah pada 17/12/11 ketika menang 2-1 ke atas kelab CA Batna.
- Sebab dilepaskan adalah kerana prestasi yang menurun selepas beliau mengalami kecederaan.
- Yang menarik, beliau pernah tersenarai dalam skuad kebangsaan bawah 23 tahun Burkina Faso namun tiada maklumat lanjut mengenai caps dan jaringan antarabangsa beliau.
- Kelebihan Traore ada pada kekuatan fizikalnya, tandukan dan rembatan kedua-dua belah kaki yang padu.

Info-info ini penulis perolehi dari web rasmi sukan yang berpangkalan di Afrika termasuklah temubual bersama pemain, berita pasukan serta web statistik pemain. Info yang penulis kongsikan disini mungkin 100% tidak tepat dan bergantung penuh kepada kesahihan dari sumber asal.

Jika dilihat pada statistik, Koh Traore bukanlah pemain yang dikira berstatus bintang malahan tidak nampak karakter beliau sebagai pencetak gol yang digeruni. Tetapi kita melihat pelaburan SAFA ke atas pemain ini sebagai satu pertaruhan yang 'boleh diterima' oleh para peminat. Siapa tahu, aksi pemain ini mungkin menjadi di Sabah. Sejarah membuktikan, penyerang import yang layak menjadi lagenda Sabah, Scott Ollerenshaw pernah ditolak dalam percubaan oleh sebuah pasukan dalam liga di Malaysia suatu ketika dulu.

Penulis petik kata-kata akhir Koh Traore dalam satu temubual bersama lebuteur.com ketika beliau di penghujung karier bersama WA Tlemcen:

Q: Will you join a new club when the winter transfer window?
Koh: I prefer not to talk too much about it, although I can assure you that I will soon bounce back in a new ambitious club, because I always trust my ability to one day play in a great team.
(Translated - lebuteur.com)

Good luck Koh Traore!!!

Sumber info:
lebuteur.com
soccerway.com
entente-setif.com
widad-lemcen.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...