Dec 28, 2012

Lampu limpah Stadium Likas gagal

Stadium Likas yang merupakan venue perlawanan Liga Perdana untuk skuad Sabah musim ini adalah antara 14 stadium dalam Liga M yang tidak menepati piawaian tahap kecerahan lampu limpah. Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setiap stadium perlu mempunyai lampu limpah dengan tahap kecerahan lebih 1,000 lux jika ingin mengadakan perlawanan pada sebelah malam.

Stadium Likas
Hanya tujuh stadium sahaja yang akan mengadakan perlawanan pada sebelah malam iaitu Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu; Stadium Shah Alam; Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Stadium Darul Makmur; Stadium Negeri Sarawak; Stadium Darul Aman dan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, perlawanan sebelah petang akan berlangsung pada pukul 4.45 petang manakala perlawanan di sebelah malam pula dijalankan pada waktu biasa seperti sebelum ini iaitu 8.45 malam.

Stadium yang telah menepati piawaian dan akan mengadakan perlawanan di sebelah malam
1. Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu
2. Stadium Shah Alam
3. Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
4. Stadium Darul Makmur
5. Stadium Negeri Sarawak
6. Stadium Darul Aman
7. Stadium Jalan Besar, Singapura

Stadium yang tidak menepati piawaian dan akan mengadakan perlawanan di sebelah petang
1. Stadium Majlis Perbandaran Selayang
2. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
3. Stadium Tan Sri Hassan Yunos
4. Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
5. Stadium Hang Jebat
6. Stadium Perak
7. Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
8. Stadium Universiti Utara Malaysia, Sintok
9. Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
10. Stadium Temerloh
11. Stadium Universiti Teknologi Mara Arau
12. Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
13. Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
14. Stadium Likas, Sabah

Sumber info:
utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...