Dec 19, 2012

Stadium Likas gelanggang Sabahawks 2013

KOTA KINABALU: Alijus Hj Sipil melihat Kedah, Johor, Sarawak dan KL Sime Darby sebagai pesaing utama mereka dalam cabaran Liga Perdana 2013.

Walaupun tidak mahu memandang rendah pasukan lain, pengurus sementara pasukan Sabahawks yang baru dilantik itu berkata, empat pasukan tersebut akan menjadi antara pasukan tumpuan apabila musim baru bermula pada 7 Januari, 2013.

Alijus, yang juga Ketua Setiausaha FA Sabah, berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan pemain di sebuah hotel terkemuka semalam.

Selain Sabah dan empat pasukan itu, lain-lain pasukan dalam Liga Perdana 2013 adalah KL SPA Putra Jaya, NS Betaria FC, UiTM FC, Kuala Lumpur, KL Pos Malaysia FC, Polis dan Perlis.

Sabahawks akan memulakan cabaran mereka dengan menentang juara Liga FAM 2012, KL SPA Putrajaya FC di laman sendiri (Jan 7).

Dalam perkembangan berkaitan, Alijus berkata bahawa mereka telah menamakan Stadium Likas sebagai gelanggang rumah mereka.

Beliau berkata bahawa walaupun Stadium menghadapi sedikit pembaikan, mereka yakin ianya akan siap untuk perlawanan pembukaan.

"Kami telah bercakap dengan pengurusan stadium, dan kami diyakinkan bahawa ia akan sedia untuk perlawanan tempat sendiri pertama kami," kata Alijus.

Menurut beliau, selain Stadium Likas, mereka juga telah menamakan Stadium Mini Tawau sebagai pilihan kedua mereka. Beliau kemudian mendedahkan bahawa yang menjadi tanda tanya sekarang ialah, sama ada Sabah akan bermain perlawanan di tempat sendiri pada waktu malam atau  petang.

"Jika kita mencapai standard yang dikeluarkan oleh FAM, yang menyatakan bahawa kecerahan semua lampu limpah di stadium mesti pada minimum 1000 lux, maka kita akan akan bermain perlawanan kita di waktu malam, tapi jika tidak, kita akan bermain di waktu petang , "kata Alijus, sambil menambah bahawa pemeriksaan akan diadakan malam ini (malam tadi).

Diterjemah dari sumber asal:
New Sabah Times

1 comment:

  1. hai sabahawkians,
    good luck untuk Sabahawks 2013, semoga mereka dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang pasa musim 2013 nanti. salam dari saya =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...