18 Jan 2013

Keputusan perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 18 Jan 2013

Keputusan perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 18 Jan 2013 | Keputusan penuh Liga Premier Malaysia 18/1/13

Keputusan penuh:

KUALA LUMPUR (3)
Khairul Anuar Shafie 37'
Badrul Hisyam Azmi 62', 89'

VS

SABAH (2)
Rosdin Wasli 4'
Alto Linus 71'



Kesebelasan pemain:

Kuala Lumpur - Azizon Kadir (capt), Ahmad Jihad Ismail, Ahmad Dashila Tajudin, Syazwan Rani (Fadhullah Yunsifar 46'), Hishamuddin Othman; Khairul Anuar Shafie (Hanis Mohtar 73'), J. Mughilan Kartik, Syafiq Johari, Azwan Jatin; Munir Amran (Jeremy Danker 82'), Badrul Hisyam Azmi.

Sabah - Sharil Sha'ari, Rosdin Wasli (capt), Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin, Didie Arizal Ibrahim (Alto Linus 49'), Sumardi Hajalan , Ibnu Kassim (Mohd Hafizuldin 69'), Radzi Husin, Shahrul Azhar Ture, Koh Traore, Zainizam Marjan, Shahrudin Yakup (Leopold Alfonso Otong 61')

Kad kuning: J. Mughilan Kartik 63', Fadhlullah Yunsifar 81' (KL), Sumardi Hajalan 29' (Sabah)
Percubaan tepat: KL - 11; Sab - 3
Sepakan sudut: KL - 6; Sab - 2
Kekasaran: KL - 14: Sab - 15
Offsides: KL - 1; Sab - 4

Kuala Lumpur menamatkan badi tanpa kemenangan dalam 29 perlawanan dengan menewaskan pasukan Sabah 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium KLFA, Cheras petang tadi.

Sabah terlebih dahulu membuka jaring seawal minit ke-4 menerusi kapten mereka, Rosdin Wasli menerusi tandukan hasil daripada sepakan sudut. Bagaimanapun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi rembatan padu Khairul Anuar Shafie diminit ke-37 selepas berjaya mencuri bola dari pemain pertahanan sebelum memperdaya seorang lagi pertahanan Sabah.

Kuala Lumpur yang lebih banyak melakukan serangan berjaya mendapatkan gol kedua diminit ke 62 menerusi Badrul Hisyam Azmi yang menolak masuk bola dari jarak dekat selepas bola tandukan Khairul Anuar gagal dikeluarkan oleh pertahanan Sabah.

Sabah kembali mengikat kedudukan menerusi pemain gantian, Alto Linus pada minit ke 70 yang berjaya menewaskan Azizon Abd Kadir menerusi percubaan kaki kirinya.

Badrul Hisyam bagaimanapun memastikan hari penuh bermakna buat pasukannya apabila menyumbat gol pada penghujung permainan menerusi percubaan dekat untuk Kuala Lumpur menang 3-2 ke atas Sabah.

Sumber info:
Facebook - Kuala Lumpur FA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...