21 Jan 2013

Keputusan perlawanan Sabah vs Kedah 21 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Sabah vs Kedah 21/01/13 | Analisis dan highlights perlawanan Sabah vs Kedah

Std. Likas, Kota Kinabalu
4.15 Petang

Keputusan penuh:

SABAH (0)

VS

KEDAH (2)
Khyril Muhymeen Zambri 40'
Muhd Fiqkry Md Isa 80'


Analisis perlawanan Sabah vs Kedah:

SABAH 2 - 0 KEDAH
45 % penguasaan bola 55
9 (4/5) Percubaan (tepat/sasar) 10 (3/7)
6 Sepakan sudut 2
1 Offside 5
1/0 Kad kuning/merah 2/0

Higlights perlawanan:

1'-Kick off oleh Kedah
3'- Rosdin Wasli lambat sedikit untuk menampan bola hasil sepakan sudut FaridSaibun meskipun penjaga gol sudah tertewas.
5'- Nelson San mencuba dari luar kotak penalti hasil hantaran terus dari sepakan sudut tinggi di atas palang.
7'- Shahrul Azhar mencuba dari jauh namun tersasar dari pintu gol Kedah.
11'- Kad kuning dilayangkan pengadil kepada pemain Kedah, Mohd Syamim Alif
13'-Penjaga gol Kedah, Abd. Hadi sempat menepis bola sepakan sudut sebelum sampai kepada David Weston
15'- Muhymeen membuat percubaan jauh tetapi tinggi diatas palang
23'- Mohd. Syamim lolos ke dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Nelson namun rembatannya berjaya ditepis Shahril Sha'ari.
27'- Percubaan jauh Khairul Izwan jauh dari sasaran
32'- Chayene melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tinggi diatas palang gol.
36'- Sepakan akrobatik Khairul Izwan langsung tidak menuju ke gawang Kedah.
38'- Percubaan jauh Chayene terkeluar disebelah kanan tiang gol Sabah
39'-Shahrul Azhar berjaya melepaskan diri di sebelah kanan sebelum melakukan hantaran lintang kepada Wan Alif, namun sepakannya meliar menuju kepada Farid Saibun yang melakukan percubaan lemah yang mudah dihalang pertahanan lawan.
40'- GOLLL Kedah. Pemain sayap Kedah, Mohd. Shazuan berjaya melepaskan diri dari kawalan Razid sebelum melakukan hantaran lintang cantik buat Muhymeen yang mudah merembat kencang dari jarak dekat. Sabah 0-1 Kedah.
43'- Nelson mencuba dari luar kotak penalti namun tinggi melepasi palang.
45+1'- Tamat separuh masa pertama.

45'- Separuh masa kedua. Koh Traore masuk menggantikan Khairul Izwan. Kedah mengeluarkan Mohd Syamim Alif dan memasukkan Mohd. Faizal. Kick off oleh Sabah.
50'- Muhymeen berjaya melepasi perangkap offside di sebelah kanan namun percubaannya keluar.
51'- Shahrul Azhar melakukan sepakan padu dari jauh namun mudah ditangkap Abd. Hadi
52'- Shahrul Azhar lolos dari sebelah kanan hasil umpanan Fazilidin namun percubaannya ditepis. Koh berjaya mendapatkan bola sebelum menghantar kepada Farid di dalam kotak penalti namun percubaan leret terus kepada penjaga gol.
53'- Wan Alif keluar digantikan Leopold Alfonso
56'- Farid Saibun melakukan percubaan jauh yang tersasar dipenjuru pintu gol.
57'- Chayene melakukan rembatan betul-betul diluar kotak penalti namun sipi disebelah kiri tiang gol
58'- Koh Traore dan Fariss Azlan bertembung di udara semasa menyambut bola sepakan sudut. Permainan dihentikan 3 minit untuk rawatan kepada kedua-dua pemain.
61'- Farid Saibun menerima umpanan dari Leopold namun percubaannya diselamatkan penjaga gol.
67'- Shahrudin Yakup masuk menggantikan Farid Saibun
70'- Nelson San keluar digantikan Tengku Hasbullah
80'- Fiqkry berjaya lolos dari kawalan Razid di sebelah kiri hasil hantaran cantik Muhymeen sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan Sharil Sha'ari. Kedah mendahului Sabah 2-0.
83'- Leopold dilayangkan kad kuning atas kekasaran dari belakang pemain Kedah.
85'- Chayene dilayangkan kad kuning kerana menghalang bola sepakan percuma pasukan Sabah
 86'- Muhymeen keluar digantikan Mohd Shahrul Ezrani
90+3'- Traore melakukan percubaan yang sedikit tinggi di atas palang selepas mendapat hantaran jauh David Weston.
90+4'- Tamat perlawanan. Sabah 0-2 Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...