Jan 7, 2013

Keputusan perlawanan Sabah vs KL SPA Putrajaya 7 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Sabah vs KL SPA 7 Jan 2013 | Analisis dan highlights perlawanan

SABAH 2 - 1 KL SPA PUTRAJAYA
Shahrul Azhar Ture 5', 72' pen. Penjaring Rhys David Weston g.s 28'
48 % penguasaan bola 52
 5 (2/3) Percubaan (tepat/sasar) 8(3/5)
3 Sepakan sudut 9
2 Offside 4
3/0 Kad kuning/merah 2/0

Kesebelasan pemain:
SABAH - Sharil Sha'ari, Rosdin Wasli, Rhys David Weston, Sumardi Hajalan, Shahrul Azhar Ture, Sabri Sahar, Muhd. Ibnu Kasim, Mohd. Farid Saibun, Shahrudin Yakup, Koh Traore, Khairul Izwan Khalid

KL SPA - Mohd Nuraizat Abdul Aziz, Sazali Suwandi, Mohamed Aslam Haja Najumuden, A. Puvana Rajah, Khairol Azry Abdul Rahman, Muhammad Asyidi Dil Sashar Yusof, Fadzly Iskandar Adnan, Mohd Rosdi Zakaria, Mohd Hanifuddin Abdul Rahman, Raja Mohd Hafillah Raja Mamat,  Muzammer Mohmad Zaki.

Highlights perlawanan Sabah vs KL SPA:
1' - Sepak mula oleh pasukan Sabah.
5' - Golll!!! Shahrul Azhar Ture menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang terus menerjah masuk ke gawang lawan. Sabah 1-0 KL SPA.
9' - KL SPA hampir-hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma jarak 30 meter ketua pasukan, Sazali Suwandi yang mengegar palang. Percubaan susulan dari penyerang pasukan itu berjaya ditepis keluar oleh Sharil.
16' - Pemain KL SPA melakukan percubaan dari sebelah kanan gawang Sabah berjaya ditampan sekali lagi oleh Sharil.
18' Kad kuning kepada Farid Saibun atas kekasaran terhadap pemain lawan.
23' Penyerang KL SPA berjaya lepas dari kawalan David Weston merembat bola kencang namun sedikit keluar di sebelah kiri gawang Sabah.
27' Gollll!!!! KL SPA berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan David Weston yang tertolak bola ke dalam gawang selepas diasak oleh penyerang lawan. Sabah 1-1 KL SPA.
33' Sabah mendapat sepakan penalti apabila bola sepakan percuma Shahrul dari luar kotak penalti terkena tangan seorang pemain KL SPA. Sayangnya, sepakan penalti yang diambil oleh Shahrudin lemah dan berjaya dibaca oleh Nuraizat.
37' Shahrudin dilayangkan kad kuning atas terjahan keras ke atas pemain lawan.
40' Giliran Traore pula mendapat kad kuning atas tackle lambat ke atas pemain lawan.
45+2' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-1 KL SPA.

45' - KL SPA melakukan sepak mula. Sabah membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Zainizam Marjan dan mengeluarkan Sabri Sahar.
50' - Traore menerima hantaran jauh dari Ibnu dalam kotak penalti sebelum melakukan percubaan yang berjaya ditepis oleh Nuraizat.
51' - Peluang terhidang didepan pintu gol selepas bola terlepas dari tangkapan penjaga gol KL SPA. Namun pemain-pemain Sabah gagal mengambil kesempatan dari kekalutan tersebut sebelum bola dikeluarkan pertahanan lawan.
54' - Shahril Faizal masuk menggantikan David Weston yang mengalami kecederaan.
55' - Farid Saibun melakukan percubaan dari jauh tetapi tinggi di atas palang.
56' - Traore mendapat peluang dalam kotak penalti namun pemain pertahanan lawan pantas menghalang bola percubaan Traore.
62' - Satu percubaan dari luar kotak penalti oleh pemain KL SPA tinggi diatas palang.
65' - Khairul Izwan dikeluarkan dan digantikan oleh Wan Alif Wan Jasmi.
71' - Sabah mendapat satu lagi sepakan penalti selepas pemain gantian Wan Alif Jasmi ditolak didalam kotak penalti ketika cuba menyambut bola sepakan percuma Shahrul Azhar.
72' - Shahrul Azhar mengambil sepakan penalti itu dan melakukan rembatan yang mudah menewaskan Nuraizat untuk Sabah mendahului 2-1.
74' - Satu percubaan oleh pemain KL SPA dari luar kotak penalti tersasar di sebelah kanan tiang gol Sabah.
78' - Penyerang KL SPA mendapat umpanan cantik di dalam kotak penalti namun sepakan voley pemain itu ditepis keluar oleh Sharil.
80' - KL SPA dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti selepas salah seorang pemain Sabah mengangkat kaki terlalu tinggi. Sepakan percuma yang diambil oleh ketua pasukan KL SPA, Sazali bagaimanapun tertampan benteng Sabah.
85' - Sharil keluar untuk menghalang satu percubaan bahaya dari penyerang lawan sebelum Rosdin mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
86' - Shahrudin melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tinggi melepasi palang.
88' - Farid Saibun berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan di sebelah kiri namun percubaanya sedikit tersasar.
90' - Sepakan percuma yang diambil sekali oleh Sazali sedikit melepasi penjuru gawang Sabah.
90+3' - Traore melihat penjaga gol KL SPA yang sudah terkeluar dari posisi cuba melakukan percubaan dari jauh tetapi sedikit terkeluar.
90+5' - Tamat perlawanan. Sabah menewaskan KL SPA Putrajaya 2-1.

1 comment:

  1. salam sejahtera tuan. aku cadangkan bagus kau buat satu page khas di blog ni untuk statistik musim 2013 dan musim yg lepas2. jadi senang orang mau tgk statistik utk musim ni dan yg lepas2.

    cth mcm ni http://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur_FA_season_2012

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...