14 Jan 2013

Keputusan perlawanan Sabah vs NS Betaria FC 14 Jan 2013

Keputusan perlawanan Sabah vs NS Betaria FC 14 Jan 2013 | Analisis dan highlights perlawanan

Keputusan penuh perlawanan:


SABAH (2)
Shahrudin Yakup 21'
Tomas Chovanec g.s 84'

vs

NS BETARIA FC (0)



Analisis perlawanan Sabah vs NS Betaria FC:

SABAH 2 - 0 NS BETARIA FC
55 % penguasaan bola 45
9 (6/3) Percubaan (tepat/sasar) 1 (0/1)
9 Sepakan sudut 3
1 Offside 0
2/0 Kad kuning/merah 1/0

Kesebelasan pemain:
SABAH - Shahril Sha'ari, Rosdin Wasli, Shahril Faizal, Sumardi Hajalan, Shahrul Azhar Ture, Radzi Husin, Ibnu Kasim, Shahrudin Yakup, Didie Arizal Ibrahim, Zainizam Marjan, Koh Traore

NS Betaria FC - Mohd Khairul Izzuwan, M. Annbarasan, Mohd Firdaus Mohd Afandi, Tomas Chovanec, Mohd Affendi bin Mohd Ishak, S. Harivarman, C. Premnath, K. Depan Sakwati, L. Rajesh, Effendi bin Abd Malek, Mohd Syaiful bin Sabtu

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan NS Betaria FC.
2' - Shahrudin gagal mengawal kemas hantaran lambung Radzi Husin dalam kotak penalti dan mudah dikeluarkan oleh pertahanan lawan.
7' - Percubaan dari luar kotak penalti oleh Effendi Abd Malek jauh tersasar
17' - Ibnu Kassim melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi mudah diselamatkan penjaga gol, Khairul Izzuwan
21' - Gol Sabah hasil jaringan Shahrudin Yakup. Gol berpunca dari pergelutan bola didepan gawang hasil dari sepakan sudut sebelum Traore melakukan percubaan yang tertampan badan Shahrudin sebelum bola masuk ke gawang. Sabah 1-0 NS Betaria.
27' - Didie Arizal berjaya membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dari sebelah kiri namun percubaannya lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol.
34' - NS Betaria melakukan pertukaran pertama. Annbarasan keluar digantikan Abd. Rayjal.
36' - Shahrudin mendapat ruang betul-betul diluar kotak penalti namun percubaannya melepasi palang selepas ditampan pertahanan NS Betaria
39' - Zainizam bijak melarikan bola masuk ke kotak penalti sebelum melorongkan kepada Sumardi yang tidak dikawal. Namun, percubaan kencang Sumardi sedikit terkeluar di sebelah kiri tiang gol.
41' - Radzi Husin melakukan hantaran silang cantik ke dalam kotak penalti tetapi tandukan Traore lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol.
45+2' - Tamat separuh masa pertama

45' - Sabah melakukan sepak mula
49' - Traore bijak melakukan 'turning' sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang sempat ditepis penjaga gol
63' - Tandukan lambung Traore hasil hantaran Zainizam hampir-hampir menewaskan Khairul Izzuwan
66' - Sabah melakukan pertukaran pemain. Radzi keluar digantikan Juffry Omopor
67' - Khairul Izzuwan sekali bertindak cemerlang menepis rembatan dari luar kotak penalti oleh Traore
69' - Layangan kad kuning buat pemain NS Betaria, Depan Sakwati
74' - Pertukaran kedua oleh Sabah. Sumardi keluar digantikan oleh Mohd. Hafizulddin
76' - Shahrudin menerima kad kuning
79' - Pertukaran ketiga Sabah. Leopold Alfonso masuk menggantikan Shahrudin
84' - Gol kedua Sabah hasil jaringan sendiri pemain NS Betaria, Tomas Chovanec. Gol berpunca dari sepakan percuma oleh Ibnu yang terus sampai kepada Zainizam yang tidak dikawal sebelum cuba melorongkan kepada Juffry tetapi ditampan masuk ke gawang oleh Tomas. Sabah 2-0 NS Betaria.
86' - Kad kuning dilayangkan kepada pemain gantian Sabah, Mohd. Hafizulddin
90' - NS Betaria melakukan pertukaran pemain kedua
90+4' - Tamat perlawanan. Sabah menang 2-0 keatas NS Betaria FC.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...