Jan 25, 2013

Keputusan Piala FA Sabah vs Felda United 25 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan pusingan pertama Piala FA Sabah vs Felda United | Analisis dan Highlights perlawanan Sabah vs Felda United 25/01/13

Keputusan penuh:

SABAH (2)
Koh Traore 14'
Juffry Omopor 71'


VS

FELDA UNITED (1)
Mohamed Ghaddar 65'

Analisis perlawanan Sabah vs Felda United:

SABAH 2 - 1 FELDA UNITED
40 % penguasaan bola 60
7 (4/3) Percubaan (tepat/sasar) 11 (4/7)
3 Sepakan sudut 10
0 Offside 3
4/1 Kad kuning/merah 0/0

Kesebelasan pemain:
SABAH- Shahril Shaari(GK), Rhys David Weston (Capt), Shahril Faizal, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan, Rosdin Wasli, Radzi Husin, Shahrudin Yakup, Alto Linus, Juffry Omopor dan Koh Traore

FELDA UNITED- Helmi Eliza Elias (GK), Khaironnisam Sahabudin (Capt), Carlos Roberto Pareira, Mohd Akmal Noor, Mohd Nizam Abu Bakar, Ahamd Fauzi Shaari, Riduwan Maon, Shahrizal Saad, Azmizi Azmi, Azi Shahril Azmi dan Mohamed Ghaddar

Higlights perlawanan:
1-Sepak mula oleh pasukan Sabah
4'- Fauzi Shaari lolos disebelah kanan tetapi hantarannya sempat ditampan keluar pertahanan Sabah sebelum sampai kepada Ghaddar
6'- Bola sepakan percuma dari luar sebelah kiri gagal dijangkau oleh Sharil namun tiada pemain Felda yang menanti dibelakangnya
14'- GOLLL Sabah!!! Koh mendapat hantaran cantik dari Shahrudin didalam kotak penalti tetapi percubaan pertama Koh ditampan oleh Helmi Eliza. Bola tampanan Helmi yang kurang kemas jatuh betul-betul di kaki Koh  menyepak bola ke gawang yang kosong. Sabah 1-0 Felda United.
16'- Shahril keluar dari gawang gol untuk menendang keluar bola sebelum sempat dikejar oleh Ghaddar selepas berlaku salahfaham antara Rosdin dan David
26'- Alto Linus melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tersasar jauh
27'- Shahrul Azhar Ture melakukan percubaan jauh tetapi sipi disebelah kanan tiang gol Felda
32'- Tandukan Mohd Nizam hasil hantaran lintang Riduwan Maon lemah mudah diselamatkan Shahril
33'- Shahrul Azhar melakukan percubaan terus dari sepakan percuma namun terus ke dakapan Helmi.
36'- Percubaan dari luar kotak penalti Azi Shahril hasil hantaran ke belakang oleh Shahrizal Saad terkeluar
42'- Azi Shahril mencuba terus dari sepakan percuma namun tinggi diatas palang
43'- Sabah melaukan pertukaran pertama mengeluarkan Shahrudin Yakup dan memasukkan Rexjeson Pitrus
44'- Azi Shahril mendapat hantaran lintang dalam kotak penalti cuba melakukan lob tetapi tinggi walapun Shahril telah terkeluar dari pintu gol
45+1'- Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 Felda United

45'- Felda melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Syazwan Zainon dan mengeluarkan Mohd Akmal Mohd Noor. Sepak mula separuh masa kedua oleh Felda United.
46'- Tandukan Shahrizal hasil umpanan ke belakang oleh Ghaddar lemah dan mudah diselamatkan Shahril
49'- Koh hampir-hampir menggandakan jaringan namun tandukan dari jarak dekat hasil sepakan percuma Shahrul berjaya ditampan Helmi untuk sepakan sudut.
53'- Rosdin Wasli dilayangkan kad kuning
59'- Gerakan solo dari Rexjeson sebelum mengumpan bola kepada Alto Linus yang tidak dikawal dalam kotak penalti tetapi rembatannya tinggi melepasi palang.
60'- David Weston dan Rexjeson dilayangkan kad kuning dalam tempoh kurang dari seminit permainan
61'- Koh Traore keluar digantikan oleh Wan Aliff Wan Jasmi, Razali Umar Kandasamy masuk menggantikan Azi Shahril
64'- Shahrul Azhar menjatuhkan Razali dalam kotak penalti yang ketika itu dalam posisi yang baik menyambut hantaran lintang. Shahrul dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang manakala Felda mendapat sepakan penalti.
65'- GOLLLL Felda United. Mohamed Ghaddar tenang menyepak bola ke sebelah kiri gawang gol dari sepakan penalti. Sabah 1-1 Felda United.
66'- Mohd. Nizam melakukan percubaan jauh tetapi tinggi di atas palang
68'- Rhys David Weston yang cedera keluar digantikan Hardy Charles Parsi
71'- GOLLLL Sabah menerusi Juffry Omopor. Berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Alto tertampan pemain pertahanan sebelum bola sampai kepada Juffry yang melarikan bola ke sebelah kanan. Juffry seakan-akan melakukan hantaran lintang namun bola sepakan beliau terus  masuk ke gawang. Sabah 2-1 Felda.
75'- Shahrizal Saad mencuba dari luar kotak penalti namun terus ke dakapan Shahril
77'- Pertukaran pemain oleh Felda.
79'- Percubaan jauh dari Syazwan Zainon mengegar palang walaupun Shahril sudah tertewas
84'- Percubaan jauh Fauzi Shaari tinggi melepasi palang
89'- Riduwan Maon yang mendapat hantaran di dalam kotak penalti sebelum melakukan voli yang sedikit tersasar di penjuru gawang
90+3'- Kad kuning dilayangkan kepada Juffry.
90+5'- Tamat perlawanan. Sabah menang 2-1 keatas Felda United

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...