Feb 22, 2013

Keputusan penuh PDRM vs Sabah 22 Feb 2013

Keputusan penuh PDRM vs Sabah 22 Feb 2013 | PDRM vs Sabah 3-3 22/2/13


Keputusan penuh:

PDRM (3)
Mohd Fauzi Majid 16'
Mohd Khairul Akhyar 31'
Shahril Faizal g.s 37'

VS

SABAH (3)
Koh Traore 66', 68', 90+4'


Koh penyelamat Sabah

SABAH bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk seri 3-3 dengan PDRM dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat di Melaka hari ini.

Penyerang import Koh Traore yang masuk sebagai pemain gantian muncul sebagai wira Sabah apabila meledak hatrik, termasuk penalti di minit-minit terakhir perlawanan.

PDRM bermula baik pada separuh masa pertama apabila mendahului 3 gol tanpa balas, dengan Mohd Fauzi Majid memberi mereka gol pendahuluan pada minit ke-16.

Mohd Khairul Akhyar kemudiannya menjadikan medudukan 2-0 pada minit ke 31 selepas menewaskan penjaga gol Shahril Sa'ari, yang merupakan salah satu daripada lima perubahan yang dibuat dalam skuad oleh ketua jurulatih David McCreery untuk perlawanan ini.

Traore dibawa masuk menggantikan Jufrey Omopor pada minit ke-35.

Namun, pertahanan Sabah Shahril Faizal menjaringkan gol sendiri selang dua minit kemudian apabila bola yang cuba beliau keluarkan dari kawasan merbahaya melepasi penjaga gol sendiri untuk memberikan tuan rumah pendahuluan selesa 3-0 di separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, Sabah dilihat berbeza di separuh masa kedua selepas penyerang veteran Zainizam Marjan masuk menggantikan pemain skuad Piala Presiden, Dendy Lowa.

McCreery kemudian membawa masuk penyerang ketiga, Leopold Alfonso pada minit ke-62 menggantikan Khairul Izwan Khalid.

Percaturan membawa masuk  tiga penyerang ternyata berhasil apabila Traore menjaringkan dua gol pantas pada minit 66 dan 68 untuk menghidupkan semula peluang Sabah.

Traore kemudian menyempurnakan hatrik beliau menerusi sepakan penalti di minit-minit akhir perlawanan untuk menamatkan rentetan empat kekalahan sebelum ini.

"Koh cedera buku lalinya tetapi dia datang dan segala-galanya berubah. Itulah sebabnya kita perlukan dia di sini, "kata McCreery.

"Saya fikir ia adalah  45 minit yang terbaik buat Sabah dalam musim ini. Semua ini adalah tentang sikap dan hari ini mereka menunjukkannya.

"Ia adalah satu perkara yang baik selepas kembali dari ketinggalan 3-0," katanya.

Sabah mempunyai tujuh mata daripada lapan perlawanan dan seterusnya akan menghadapi Johor di Stadium Likas pada 1 Mac.

Sumber berita:
sports247.my


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...