Feb 12, 2013

Keputusan Sabah vs Selangor Piala FA pusingan kedua

Piala FA pusingan ke-2: Keputusan penuh Sabah vs Selangor Piala FA 12 Feb 2013

Keputusan penuh:

SABAH (0)

vs

SELANGOR (3)
Francis Forkey Doe 45', 47'
Mohd. Raimi Md. Nor 51'


Analisis perlawanan Sabah vs Selangor 0-3

SABAH 0 - 3 SELANGOR
35 % penguasaan bola 65
9 (5/4) Percubaan (tepat/sasar) 17 (10/7)
2 Sepakan sudut 9
1 Offside 3
0/0 Kad kuning/merah 0/0

Kesebelasan pemain:
SABAH - Shahril Sha'ari (GK), Shahril Faizal, Hardy Charles Parsi, Sumardi Hajalan, Razid Gafar, Farid Saibun (Zainizam Marjan 45'), Alto Linus, Rosdin Wasli, Radzi Husin (Ibnu Kassim 90'), Juffrey Omopor, Koh Traore (Khairul Izwan Khalid 61')

SELANGOR -  Norazlan Razali (GK), Asraruddin Putra Omar (Adib Aziuddin 80'), Ramez Dayoub, Mohd Nasriq Baharom, Shukur Jusoh, K. Solihin, Francis Forkey Doe, Mohd. Raimi Md Nor, Mahali Jasuli, Muhd. Ramzul Zahini (Muhd Afiq Azmi 73'), S Veenod (K. Gurusamy 87')

Highlights penuh perlawanan:
1' - Sepak mula oleh Selangor
7' - Sepakan percuma yang diambil oleh Forkey Doe dari luar kotak penalti tersasar selepas sedikit tertampan benteng.
13' - Forkey berjaya melepaskan diri di sebelah kiri gawang namun rembatannya sempat dihalang
24' - Solihin melakukan percubaan leret dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan Shahril
26' - Tandukan Forkey melewati palang gol hasil sepakan percuma Mahali
29' - Farid Saibun yang mendapat hantaran terus dari lontaran masuk melepaskan rembatan dari sebelah kanan gawang tetapi sedikit tinggi
31' - Juffrey Omopor yang mendapat umpanan dari Alto Linus melakukan percubaan yang sempat ditepis keluar oleh Norazlan
34' - Traore melakukan percubaan dari jarak jauh namun tersasar jauh
37' - Shukur Jusoh mencuba leret dari luar kotak penalti tetapi tidak menepati sasaran
38' - Forkey mendapat ruang dalam kotak penalti namun rembatannya tepat ke arah Shahril
39' - Ramzul menghantar bola ke belakang kepada Forkey namun percubaan leretnya sedikit tersasar
41' - Veenod melakukan percubaan jauh namun tinggi di atas palang
42' - Shahril Faizal hampir menjaringkan gol sendiri apabila bola hantaran lintang Mahali ditanduk ke belakang melepasi Shahril, namun bola hanya singgah ke palang
43' - Tandukan Shukur dari sepakan sudut sempat ditanduk keluar oleh Alto sebelum masuk ke jaring
45' - GOL!!! Forkey Doe menguis bola masuk selepas berlaku pergelutan di depan pintu gol Sabah hasil satu gerakan yang bermula dari sepakan sudut. Sabah 0-1 Selangor
45+2' - Tamat separuh masa pertama

45' - Sepak mula masa kedua oleh Sabah. Zainizam Marjan masuk menggantikan Farid Saibun
49' - Alto Linus melakukan hantaran lintang cantik kepada Juffrey yang tidak dikawal tetapi tandukannya lemah tepat ke arah Norazlan
50' - Mahali melakukan hantaran lintang tepat kepada Mohd Raimi yang terus melepaskan percubaan tetapi tersasar walaupun tidak dikawal
51' - GOL!!! Mohd Raimi mudah menolak masuk menewaskan Shahril dalam situasi 1 lawan 1 selepas mendapat umpanan Forkey. Sabah 0-2 Selangor
52' - Traore melakukan percubaan dari kiri gawang Selangor namun tersasar
53' - Traore sekali lagi melakukan percubaan jauh tetapi juga tersasar
54' - Zainizam berjaya lepas di sebelah kanan sebelum melakukan hantaran lintang buat Traore melakukan percubaan tetapi Norazlan berjaya menampan bola
58' - Gerakan solo dari Mahali berjaya masuk ke dalam kotak penalti tetapi sepakannya tinggi melewati palang
61' - Koh Traore keluar digantikan Khairul Izwan Khalid
68' - Forkey berjaya melepasi tiga pemain Sabah namun percubaannya lemah ditampan keluar Shahril
69' - Sumardi mengeluarkan bola diatas garisan gol selepas Ramzul melakukan tandukan hasil daripada sepakan sudut
70' - Tandukan Rosdin hasil sepakan sudut ditampan keluar oleh Asraruddin di atas garisan gol
73' - Ramzul keluar digantikan Muhd Afiq Azmi
76' - Razid melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi tinggi di atas palang
80' - Asraruddin keluar digantikan oleh  Adib Aziuddin
81' - Percubaan voley Mohd Raimi diselamatkan Shahril
87' - GOL!!! Forkey mudah menolak masuk dari jarak dekat hasil hantaran lintang Mohd Raimi. Sabah 0-3 Selangor.
87' - Veenod keluar digantikan K. Gurusamy
88' - Mahali melakukan hantaran lintang kepada Forkey yang tidak dikawal namun tandukannya diselamatkan Shahril
90' - Radzi Husin keluar digantikan Ibnu Kassim
90+2' - Juffery yang mendapat umpanan Zainizam gagal menewaskan Norazlan dalam situasi 1 lawan 1 apabila sepakan leretnya sedikit terkeluar
90+3' - Tamat perlawanan. Sabah 0-3 Selangor.

1 comment:

  1. kesian keeper sabahhh.....defends tak bleh harrappp

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...