Feb 16, 2013

Liga Perdana: UiTM FC melakar kejutan ke atas Sabah

Keputusan Uitm vs Sabah 2-0 | Liga Premier Malaysia 15 Feb 2013

Keputusan penuh:

UiTM FC (2)
Mohd Adam Syahir Rosli 58'
Muhd Hafizuddin Harun 90+2'

VS

SABAH (0)

Selepas kecewa terkeluar dalam saingan Piala FA di pusingan kedua kepada Selangor Selasa lalu, Sabah sekali lagi hampa apabila kali ini tewas mengejut di tangan pasukan tercorot UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam petang kelmarin.

Walaupun menentang pasukan lawan yang beraksi tanpa khidmat pemain import, Sabah gagal mengambil peluang untuk menembusi gawang lawan yang menyaksikan separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

UiTM pula bijak memanfaatkan peluang menerusi serangan balas dan hasilnya pada minit ke 58, Mohd Adam Syahir Rosli mudah menampan masuk bola hantaran jauh rakannya untuk UiTM mendahului 1-0.

Tersentak dengan gol tersebut, Sabah menggandakan asakan mereka namun UiTM terus kebal mengawal gawang mereka walapun Sabah memiliki beberapa peluang untuk melakukan jaringan.

Kelekaan pemain Sabah dihukum lagi menerusi satu serangan balas pada minit-minit akhir perlawanan menerusi pemain gantian, Muhd Hafizuddin Harun yang tidak dikawal di dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan menewaskan Syamsuri Mustafa buat kali kedua. 

Kekalahan ini adalah yang keempat kepada Sabah musim ini selepas tewas kepada Sime Darby (1-3), Kuala Lumpur (2-3) dan Kedah (0-2). Sabah turun satu ke tangga ke-8 dalam carta liga selepas dipintas pasukan Kuala Lumpur selepas hanya mengutip 6 mata dari maksimum 18 mata setakat ini.

Sabah akan menentang KL Pos Malaysia dalam perlawanan seterusnya pada Isnin, 18 Feb di Stadium Likas.

Sumber info:
sports247.my
TVHarimau

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...