Feb 15, 2014

Kemenangan kedua musim ini

Keputusan Liga Premier: UiTM FC 0-1 Sabah 14 Feb 2014

UiTM FC (0)

VS

SABAH (1)
Marwan Mustafa Sayedeh 67'


Sabah mencatat kemenangan kedua musim ini dalam saingan Liga Premier apabila menundukkan pasukan tuan rumah, UiTM FC 1-0 di Stadium UiTM, Shah Alam petang kelmarin. Gol tunggal Sabah dijaringkan oleh pemain import, Marwan Sayedeh di separuh masa kedua untuk memberikan Sabah tiga mata penuh dan juga kemenangan kedua berturut turut selepas tewas tiga perlawanan pembukaan liga musim ini.

Dalam perlawanan itu, jurulatih Sabah, Seslija Milomir menurunkan barisan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Negeri Sembilan Isnin lalu. Separuh masa pertama dilihat seimbang dengan kedua dua pasukan saling mengatur serangan namun gagal menghasilkan jaringan. Kedudukan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Sabah dilihat lebih garang dengan lebih banyak menguasai bahagian tengah. Milomir membuat pertukaran pemain di awal separuh masa kedua dengan memasukkan A.Varathan menggantikan Rawilson Batuil dan Maxsius Musa menggantikan Ezaidy Khadar.

Gol yang dinanti nantikan pasukan Sabah akhirnya muncul di minit ke 67 menerusi Marwan Sayedeh yang menyepak masuk bola yang dihantar menerusi sepakan percuma oleh Julamri Muhamad. Sabah memiliki beberapa lagi peluang untuk menambah jaringan selepas itu tetapi gagal hingga ke wisel penamat. Tamat perlawanan, Sabah menang dengan jaringan tipis 1-0 untuk tiga mata penuh dalam perlawanan yang turut disaksikan kira-kira 300 penyokong Sabah yang hadir di stadium.

Kemenangan ini membolehkan Sabah naik ke tangga ke lapan liga dengan 6 mata dari 5 perlawanan selepas mencatatkan 2 kemenangan dan 3 kekalahan. Liga Premier akan berehat selama tiga minggu dan akan bersambung pada 7 Mac depan dimana Sabah akan melayan kunjungan pasukan Kedah di Likas.

Feb 14, 2014

Menjelang Perlawanan UiTM FC vs Sabah 14 Feb 2014

Menjelang Perlawanan UiTM FC vs Sabah 14 Feb 2014

Memori kekalahan memalukan "0-2" pada saingan Liga Premier musim lalu di tangan 'budak Universiti' pasti belum luput di ingatan kita. Dan pada petang ini, Stadium UiTM, Shah Alam akan menemukan sekali lagi pasukan kita, Sabah dengan pasukan tuan rumah, UiTM FC.

Walaupun kita berjaya melunaskan dendam di Stadium Likas dengan kemenangan 3-1, namun, pertemuan petang ini bukan hanya sekadar memburu kemenangan tetapi juga untuk mengembalikan maruah pasukan kita yang telah tercalar musim lalu.

Perlawanan petang ini adalah yang ke-5 buat pasukan Sabah yang kini menduduki tangga ke-10 liga selepas memungut 3 mata hasil dari satu kemenangan dan 3 kekalahan sebelum ini. Manakala, UiTM akan turun untuk perlawanan ke-4 mereka petang ini selepas perlawanan menentang PDRM Isnin lalu dipinda semula. Mereka kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpul 4 mata hasil dari 1 kemenangan dan 1 seri.

Berdasarkan kepada prestasi semasa pasukan Sabah, tiga mata penuh di UiTM bukanlah misi yang sukar lebih-lebih lagi dengan tahap moral yang tinggi di kalangan pemain yang masih segar dengan kemenangan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan Isnin lalu. Barisan pemain skuad Sabah dilihat mula menunjukkan persefahaman yang baik dan kita sendiri boleh melihat skuad ini tidak lagi bergantung kepada hanya beberapa pemain untuk menggerakkan pasukan. Kini kita ada pemain muda seperti Sabri Sahar yang menunjukkan aksi konsisten dan berganding baik dengan Srecko Mitrovic di bahagian tengah. Ketiadaan Rozaimi Abd Rahman yang mengalami kecederaan tidak menjadi masalah kepada skuad Sabah kerana kita mempunyai pemain seperti Ezaidy Khadar, Isma Alif dan Marwan Sayedeh yang boleh mengambil posisi Rozaimi.

Predrag Pocuca yang pada awalnya dilihat agak 'lembut' di bahagian pertahanan kini sudah menunjukkan peningkatan dan aksi 'keras' dalam perlawanan menentang Kelantan dan Negeri Sembilan sebelum ini. Penampilan pertama pemain muda yang juga pemain skuad Piala Presiden, Rawilson Batuil di posisi bek kanan nampaknya tidak mengecewakan dan sesuatu yang tidak mengejutkan sekiranya Rawilson diberi tempat dalam kesebelasan berbanding pemain regular di posisi itu, A. Varathan.

Charles Obi Ikechukwu, nama yang tidak asing bagi kita kerana dia pernah menyarung jersi pasukan Sabah di musim 2006-2007 dan merupakan penjaring terbanyak pasukan ketika itu. Musim ini, dia kembali ke Liga Malaysia bersama pasukan UiTM FC dan pastinya turun dalam kesebelasan utama menentang bekas masjikannya petang ini. Charles telah menjaringkan satu gol untuk pasukannya dalam perlawanan pertama liga menentang KL SPA. Selain Charles, UiTM FC memiliki satu lagi pemain import iaitu Abdi Kassim Sadallah yang bermain di posisi tengah.

Kita harapkan kemenangan kedua pasukan Sabah akan dicapai pada petang ini bagi memperbaiki kedudukan pasukan yang kini berada di kelompok bawahan liga. Selain dari perlawanan UiTM FC menentang Sabah, turut berlangsung beberapa perlawanan lain dalam Liga Premier. Jadual perlawanan Liga Premier hari ini:

Feb 11, 2014

Tiga mata berharga buat Sabah

Keputusan Liga Premier: Sabah 2-1 Negeri Sembilan 10 Feb 2014

Keputusan penuh:
SABAH (2)
Mohd Ezaidy Khadar 15'
Mohd Farid Ideris 21'

NEGERI SEMBILAN (1)
Jean Effa Owona 11'

Likas, Kota Kinabalu: Sabah mengutip 3 mata berharga dalam saingan Liga Premier dengan kemenangan 2-1 menewaskan pasuka pelawat, Negeri Sembilan di Std. Likas sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus menamatkan rentetan empat kekalahan sebelum ini dan seterusnya membawa keluar pasukan Sabah dari kedudukan terbawah liga.

Bermain di hadapan kira-kira 4,000 penyokong, Sabah dilihat lebih menguasai permainan dengan gerakan-gerakan yang kemas di kawasan padukan pelawat. Namun, Negeri Sembilan terlebih dahulu menguji pintu hol Sabah menerusi tandukan Owona namun tersasar. 

Sabah beberapa kali membuat ancaman di depan pintu gol pelawat melalui hantaran-hantaran silang menarik namun berjaya dipatahkan pertahanan padukan lawan yang dikemudikan pemain berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah.

Negeri Sembilan terlebih dahulu memhuka jaringan di minit ke 11 menerusi Effa Owona yang mendapat umpanan dari sebelah kanan tiang gol Sabah sebelum mudah menolak masuk selepas bijak memperdayakan dua pemain Sabah dalam kotak penalti.

Sabah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pemain sayap, Mohd Ezaidy Khadar menyambut hantaran silang Isma Alif dengan sepakan leret menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan di minit ke 15.

Gol itu bagaikan menyemarakkan lagi serangan pasukan Sabah dan hasilnya di minit ke 21,Sabah di depan menerusi jaringan Farid Ideris. Gol berpunca dari gerakan menarik oleh Marwan Sayedeh yang bijak melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran trough pass menarik dari Mitrovic sebelum membuat hantaran silang yang disudahkan dengan baik oleh Farid Ideris.

Mendahului 2-1, Sabah terus menguasai permainan dengan hantaran-hantaran kemas dengan pasukan pelawat sekali sekala mengancam kubu Sabah melalui serangan balas. Tamat separuh masa pertama, Sabah di depan dengan jaringan 2-1.

Bersambung di babak kedua, permainan dilihat lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Peluang terbaik pasukan Negeri Sembilan hadir di pertengahan babak kedua menerusi rembatan Kim Jin Ryong namun diselamatkam oleh Irwan Jamil.

Penyerang import, Marwan Sayedeh hampir menambah jaringan buat Sabah di minit ke 65 apabila bijak melambungkan bola melepasi penjaga gol yang keluar dari posisinya namun sempat dikeluarkan oleh pertahanan lawan sebelum bola masuk ke gawang.

Penghujung permainan memperlihatkan penguasaan oleh pasukan pelawat namun benteng pertahanan Sabah kebal menyerap serangan tersebut. Marwan sekali lagi dihidangkan peluang di minit terakhir perlawanan namun rembatannya sedikit melepasi palang gol.

Tamat perlawanan, Sabah menang 2-1 mengatasi Negeri Sembilan. Kemenangan ini membawa Sabah naik satu tangga ke kedudukan ke-10 dengan 3 mata selepas 4 perlawanan.

Feb 4, 2014

Menjelang Pertemuan Kelantan vs Sabah - Piala FA pusingan ke-2 | 2 Feb 2014

Kelantan vs Sabah - Piala FA pusingan ke-2 | 2 Feb 2014

Menjelang Pertemuan

KELANTAN
vs
SABAH


Selasa, 4/2/14
Std. Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
8.45 mlm

Analisis pasukan Kelantan FA

Rekod perlawanan musim 2014:
18-01-14, Liga Super: Kelantan 2-1 Sime Darby
25-01-14, Liga Super: Sarawak 0-1 Kelantan
28-01-14, Liga Super: Kelantan 1-2 PKNS Selangor

Rekod perlawanan pra-musim:
11-01-2014: Kelantan 4-0 Phatalung FC, Thailand (SSMIV)
06-01-2014: Kelantan 3-1 Perlis (Stadium Sultan Mohammad Ke IV)
13-12-2013: Kedah 3-0 Kelantan (Stadium Darul Aman, Alor Setar)
10-12-2013: Perak 4-1 Kelantan (Stadium Perak, Ipoh)
07-12-2013: Pulau Pinang 2-0 Kelantan (Stadium Bandaraya)
05-12-2013: PBAPP FC 1-1 Kelantan (Stadium Negeri Batu Kawan)
*sumber - malaysiafootball-dimos

Rekod musim lalu (2013):
Liga Super: Ke-4
Piala FA: Juara
Piala Malaysia: Naib Juara
Liga AFC: Pusingan ke-2
Piala Sumbangsih: Naib Juara

Rekod pertemuan Kelantan vs Sabah:
23-06-2012, Liga Super: Kelantan 2-0 Sabah
08-02-2012, Liga Super: Sabah 0-0 Kelantan
06-07-2011, Liga Super: Sabah 1-2 Kelantan
16-04-2011, Liga Super: Kelantan 0-0 Sabah

Pemain tumpuan:
Mohammed Ghaddar - 2 gol
Forkey Doe - 1 gol
Badhri Razi
Mohamad Shawky

Senarai Pemain Kelantan musim 2014:
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Shahrizan Ismail - Kelantan
Syazwan Yusoff - Kelantan

Pemain Pertahanan
Aziz Ismail - Kelantan
Faiz Suhaimi - Kelantan
Tuan Muhammad Faim - Kelantan
Faizul Nazlin Sayuti - Kelantan
Nik Shahrul Azim - Kelantan
Zairul Fitree Ishak - Kelantan
Farisham Ismail - Kelantan
Nazri Ahmad - Selangor
Obinna Nwaneri - Nigeria

Pemain Tengah
Badhri Radzi - Kelantan
Mohamad Shawky - Mesir
Amar Rohidan - Kedah
Brendan Gan - Australia
Khairul Izuan Rosli - Kelantan
Tengku Hasbullah Raja Hassan - Kelantan
Wan Zaharul Nizam - Kelantan

Pemain Penyerang
Mohammed Ghaddar - Lubnan
Forkey Doe - Liberia
Fakri Saarani - Kelantan
Shakir Ali - Kedah
Famirul Asyraf Sayuti - Kelantan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...