21 Mac 2014

Menjelang Perlawanan: Analisis pasukan KL SPA Putrajaya FC

Menjelang pertemuan Sabah vs KL SPA: Analisis pasukan KL SPA | Liga Premier 2014 Sabah vs KL SPA

KL SPA Putrajaya FC 2014


Bekas juara FAM 2012 ini beraksi dalam Liga Premier untuk musim kedua selepas penampilan pertama di Liga Premier musim lalu menyaksikan pasukan ini menamatkan saingan di tangga ke lapan daripada 12 pasukan liga. Walaupun berada di kelompok bawahan liga, pencapaian itu boleh dianggap agak baik memandang pasukan ini tidak menggunakan khidmat pemain import.

Musim ini, KL SPA diperkuatkan dengan tiga pemain import iaitu Eddy Rudy Viator (pertahanan - Perancis), Shin Hyun Jun (tengah - Korea Selatan) dan Mickael Nicoise Joseph (penyerang - Perancis) yang merupakan bekas penyerang PKNS FC musim 2012. Turut membarisi pasukan ini adalah bekas pemain Sabah musim lalu, Khairul Izwan Khalid.

Menarik mengenai KL SPA musim ini adalah, mereka belum tewas dalam empat pertemuan di tempat lawan dengan dua daripadanya adalah menewaskan Perlis dan DRB Hicom yang mana gagal ditewaskan oleh Sabah dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Jurulatih pasukan: Mohd Shah Alias Norbit
Ketua pasukan: Sazali Suwandi
Pemain tumpuan: Mickael Nicoise, Shin Hyun Jun, Eddy Viator, Sazali Suwandi, Khairol Azry, Mohd Arsyah Ayob

Kedudukan Liga Premier

Ked. KL SPA
P M S K J B PG Mt
7/12 Home 3 0 0 3 1 9 -8 0
Away 4 3 1 0 4 0 4 10
Keseluruhan 7 3 1 3 5 9 -4 10

Statistik pasukan:
Perlawanan tanpa bolos: 4
Perlawanan tanpa jaringan: 2
Kemenangan terbesar: 2-0 (vs PBAPP FC)
Kekalahan terbesar: 0-4 (vs Felda United)

Senarai penjaring:
2 gol - Khairul Izwan Khalid
1 gol - Mickael Nicoise Joseph, Khairol Azry Abd Rahman, Fadzly Iskandar Adnan

Keputusan perlawanan musim 2014
21/01/14 LP KL SPA 0-1 UiTM FC
27/01/14 LP Perlis 0-1 KL SPA
07/02/14 LP DRB Hicom 0-1 KL SPA
10/02/14 LP PBAPP FC 0-2 KL SPA
14/02/14 LP KL SPA 0-4 Felda United
07/03/14 LP Negeri Sembilan 0-0 KL SPA
14/03/14 LP KL SPA 1-4 Kedah

Head-to-Head: Sabah vs KL SPA
07/01/13 LP Sabah
Shahrul Azhar Ture 5', pen 72'
2-1 KL SPA
Rhys David Weston g.s 28'
19/04/13 LP KL SPA
Mohd Norhafizuan 23'
Mohd Asyidi Asyar 75'
2-4 Sabah
Koh Traore 3', 73'
Shahrudin Yakup 36'
Zainizam Marjan 52'
by: sabahawkians.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...